Tuesday, April 14, 2020

#StayAtHome : RESEPI KEROPOK LEKOR SEDAP MUDAH CHEF OBIE - penggunaan bahan yang terhad ( Sesuai untuk dinikmati bersama FAMILY DI WAKTU PKP )

#StayAtHome : RESEPI KEROPOK LEKOR SEDAP MUDAH CHEF OBIE - penggunaan bahan yang terhad 
( Sesuai untuk dinikmati bersama FAMILY DI WAKTU PKP ) 

StayAtHome protect your community agains COVID 19



Syukur Alhamdulillah , hari ini berkesempatan Chef Obie menaip satu lagi resepi yang sesuai juga waktu MCO/ PKP ini ,petang tadi actually apabila daddy cool abang jamil request teringin sanagt nak menikmati keropok lekor, maklumlah sejak COVID 19 memang sukarlah nak dapatkan jualan keropok lekor ni . So Chef Obie pun cek lah dalam fridge , oh ada ikan yang dah defrost 3 keping potongan tenggiri. Orait boleh on lah petang ni buat Keropok Lekor...Ikan tenggiri tu...apa ade hal cume agak primuim lah...tapi kite boleh sesuiakan dengan ikan apa yang ada di rumah. Jangan susah hati , ia mudah untuk diejas. 

Amat sesuai untuk korang yang memiliki anak-anak sedang membesar , sebab keropok lekor ini gebu dan mengenyangkan.



 Bahan Utama 

3 keping potongan Ikan Tenggiri ambil isinya sahaja buang tulang ( 1 cawan kalau korang gantikan dengan ikan kembong, selayang, parang , mahupun selar )
1 cawan Tepung Gandum
1 sdb Tepung Jagung
3/4 sdb Garam ( 1 sdt pun boleh kalau korang nak kurang masin , kalau nak masin lebihkan lagi )
1 sdt baking Powder
1 sdt Serbuk Perasa ( Boleh abaikan jika tidak suka )
Minyak Masak untuk menggoreng
Air untuk rebusan

Cara Penyediaan 

1. Kisarkan isi ikan dalam blender tanpa menggunakan air.


2.Satukan ke semua bahan termasuk isi ikan yang telah dikisar ke dalam bekas @ bowl  ,kemudian uli adunan sehingga menjadi doh. ( sekiranya ikan selain tenggiri 1 cawan adunan agak melekit , dont worry itu nice , just layan buat penuh kasih sayang , taburkan tepung gandum di tapak tangan - peringatan jika terlebih penggunaan tepung gandum keropok lekor akan keras ).


3. Adunan yang telah menjadi doh lekor dibahagikan kepda 4 bahagian.


4.Uli memanjang setiap doh sehingga selesai. Dalam masa yang sama didihkan air dalam pot .


5.Kemudian rebuskan doh yang telah diuli memanjang ke dalam air didihan. Sehingga mengembang dan terapung. Angkat dan toskan.


6. Biarkan sejuk dari panas doh lekor , Setelah sejuk bolehlah potong ikut selera anda , nak potong serong boleh , memanjang , potong kecil-kecil semua boleh .




7. Panaskan minyak , goreng dan bolak balikkan sehingga kuning keemasan. 




8. Sedia dinikmati dengan sos pedas manis lekor atau , boleh guna cili sos pebret korang, jenama enaq ke , maggi ke , linggam ke semua boleh... yang pasti keropok lekor korang dah pandai buat dan ejas. Ingat nak rasa keropok lekor yang mantap sila lebihkan isi ikan , tepung jangan ditambah lagi. Isu chef pula...ikan tenggiri ada 3 keping aje kalau ada 10 keping tetap pakai selesaikan 10 keping tu tanpa tambahan tepung 1 cawan tu. Selamat Mencuba dan jangan lupa , Chef mohon doakan kemakmuran rezeki dan kesihatan yang baik untuk chef dan daddy dan untuk diri anda sendiri juga .



Assalammualaikum wbt Dan Salam Sejahtera Netizen.
Kepada anda yang aktif mencari pelbagai jenis resepi-resepi masakan mahupun baking , Disnilah tempatnya . Telah menjadi pilihan facebooker walau page ini masih baru diaktifkan 

Chef Obie bukanlah satu nama yang baru dalam industri ini , kerana telah lama berkongsi resepi dalam pelbagai medium - media massa , tv , majalah tempatan , akhbar mahupun online selain aktif membentuk peniaga-peniaga baru dan lama juga usahawan makanan tempatan mahupun luar negara . Melalui Page facebook Chef Obie menambah jaringan komunikasi terhadap anda diluar sana ,

 Selain Medium Facebook Personal : Chefobie Untold , Instagram : @chef_obie_official @the.drawing.chef , @mgj_consultancy @diarikelaschefobie 

Juga web/blog : chefgunawanmalaysia.blogspot.com , sajianlazat.blogspot.com , chefbiskut.blogspot.com 

Whatsapp 


Sukacita Chef Obie Menjemput Anda yang menghargai industri Makanan Dan Seni Untuk 






No comments:

Post a Comment

Chef Obie Kelas Western Food 2024

  Chef Obie Kelas Western Food 2024 Assaalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera , Sekiranya Anda Ingin Intipati seperti Tahun - Tahun yg lepa...