Tuesday, April 28, 2020

#StayAtHome Resepi Apam Balik Pandan Chef Obie

#StayAtHome
Resepi Apam Balik Pandan Chef Obie




Bahan Utama
2 cawan tepung gandum biasa
1 sudu besar susu pekat
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecik soda bikarbonat
1biji telor saiz C atau D
1 cawan Air Kisar Daun Pandan ( 3-4 helai ) + setitis pewarna hijau atau pandan flavour.
Bahan Perap Sebentar
1/4 cawan gula*
1 sudu kecil yis* atau 1 paket Mauripan
1/2 cawan air suam*

Bahan Condiments
Sweet Corn Creamy ( tin )
Kacang tanah disangai tumbuk kasar
gula pasir
sedikit marjerin utk diletak sedikit selepas tabur kacang , sweet corn creamy juga disapu pada permukaan apam balik setelah masak

Cara Penyediaan :




1. Satukan kesemua bahan perap sebentar dalam satu bekas . Tutup permukaan bekas dengan cling film @ plastik wrap ,@ guna sebarang piring atau alas sebagai penutup. Rehatkan 5-7 minit sehingga berbuih.






2. Pukul telur dgn whisk hingga bubbling kemudian campur semua bahan utama ( bahan kering di ayak bersama )  kacau hingga sebati dan masukkan bahan perap sebentar tadi  kacau mesra.


3. Rehatkan adunan setengah jam @ 30 minit , Setelah itu bolehlah mula memasak di atas non stick pan.  Boleh mulakan dengan 2 senduk .





4.Sila gunakan api kecil sahaja , bila sebahagian kelihatan telah mengering taburkanlah gula , jagung , kacang tanah dan sedikit marjerin , setelah masak lipat dua. 

5.Angkat apam balik pandan anda dan sapuan marjerin pada kulit apam balik , akhirnya potonglah seperti peniaga apam balik. Kepada anda semua Selamat Mencuba dan Sila Follow Page FB : BAZAAR CHEF OBIE 



Assalammualaikum wbt Dan Salam Sejahtera Netizen.
Kepada anda yang aktif mencari pelbagai jenis resepi-resepi masakan mahupun baking , Disnilah tempatnya . Telah menjadi pilihan facebooker walau page ini masih baru diaktifkan 

Chef Obie bukanlah satu nama yang baru dalam industri ini , kerana telah lama berkongsi resepi dalam pelbagai medium - media massa , tv , majalah tempatan , akhbar mahupun online selain aktif membentuk peniaga-peniaga baru dan lama juga usahawan makanan tempatan mahupun luar negara . Melalui Page facebook Chef Obie menambah jaringan komunikasi terhadap anda diluar sana ,

Whatsapp 


Sukacita Chef Obie Menjemput Anda yang menghargai industri Makanan Dan Seni Untuk 




No comments:

Post a Comment

KELAS KEK PASTRI BAKERI DAN KONFEKSI DI KOTA KINABALU SABAH

  KELAS KEK PASTRI BAKERI DAN KONFEKSI DI KOTA KINABALU SABAH    Assalammualaikum Salam Isnin, Warga KK Kota Kinabalu Sabah, Penampang, Puta...