Sunday, November 24, 2019

RESEPI AYAM GORENG CUTI SEKOLAH CHEF OBIE

Selamat Bercuti sekolah ye adik-adik..mak - maknye pula steady jangan serabut bagai , masa ni la korang menikmati rutin bahagia bersama anak-anak yang tal lama lagi makin membesar dan nak jadi mak bapak orang jugak!
Cuti sekolah ni..tak kire lah korang nak berjalan mana atau nak lepak aje rumah..itu semua atas kelapangan dan kemampuan masing-masing .

Masih ada pilihan untuk gembira dengan mereka , Apa kata cuba buat program dengan anak-anak didapur rumah sendiri...Dengan menikmati hidangan menarik yang korang masak dan cipta ! Menarik bukan.. bolehlah korang  dan anak-anak memasak bersama sekali , merapatkan hubungan....cara sempoi dan budget mesra gitew... !


ayam goreng ni sempat chef obie gigit nyummm..nyummm..
" RESEPI AYAM GORENG CUTI SEKOLAH CHEF OBIE "

Bahan-bahannya:

4 Sudu Besar Nestum ( boleh abaikan kalau tak ade )
2 Sudu Besar Oat ( boleh abaikan kalau tak ade )

200 gm atau 1 cawan Tepung Gandum 
1 Sudu kecil Lada Hitam ( blender halus ) ( boleh abaikan kalau tak suke )
1/2 Sudu kecil Lada Sulah ( blender halus ) ( boleh abaikan kalau tak suke )
1 Sudu Besar Serbuk Kari Daging ( rempah kari daging atau Makanan Laut pun boleh guna )
1 sudu besar Tepung Jagung
1 Sudu besar Stok Ayam
1 1/2 sdt Garam 
2 biji Telur
Ais Batu
Sos Tiram
1/2 Ekor Ayam Daging
 Minyak Masak + Shortening



Cara Penyediaan  :


1. Bersihkan ayam terlebih dahulu mandikan ia...heee maksud chef bersihkan ayam tu betul-betul, kemudian..marinate ayam dengan sos tiram, pastikan jangan terlalu banyak digunakan, 2 sudu besar sahaja cukup dan satu sudu kecil rata garam vakum, gaul hingga sebati.kemudian biarkan seketika ( 5 minit aje cukup ).



2.Sediakan untuk bahan kering- satukan ke semua bahan kering seperti tepung high protein, tepung jagung, lada hitam,lada sulah,jintan manis, ketumbar, stok ayam ,garam secukup rasa,nestum dan oat, gaulkan mesra ok... senang aje.. kalau anda suka masin lebih sikit, bolehlah ditambah garam vakumnya mengikut citarasa anda... ( ketepikan bahan-bahan ini apabila telah siap mesra ) 

3. Sediakan pula bahan untuk merendam ayam sampai lemas heeeee.... tak r... sediakan bahan yang penting sekali..ok la ini rahsia yang dah tidak rahsia lagi bila chef dah berkongsi dengan anda..., telur dipecahkan dan di campur pula dengan ais sejuk atau air batu,pastikan telur benar-benar sejuk.. ( tujuannya ialah untuk ,memastikan kerapuhan kerangupan ayam goreng kita ini boleh bertahan selama 30 minit selepas digoreng... walau ayam goreng tu kita letak atas meja makan aje...dengan keadaan terdedah gitu...Choi.. jangan la terdedah..gunakan tudung saji ok tutup makanan kita supaya tidak dihinggapi makhluk yang tidak diingini iaitu lalat soprano! )

4.Masa yang ditunggu-tunggu.. iaitu panaskan minyak terlebih dahulu di atas kuali... 

5.Setelah bahan-bahan diatas telah disediakan ,anda perlu pastikan ayam marinate dihadapan anda, disebelahnya pula telur dan air batu, sebelahya lagi adalah bahan kering . Ini adalah untuk memudahkan anda untuk menggoreng ayam kentaki ini dengan betul dan bersistem. 

6.Ambil ayam seketul dahulu yang telah di marinate, dengan menggunakan kedua belah tangan anda macam angkat kain jemuran heee...ayam direndam sekali sahaja ke dalam telur berais, kemudian angkat toskan..., kemudian bawa ayam ke dalam bahan kering anda terbalik balikkan ayam itu dalam bahan kering kemudian angkat dan toskan lagi, kemudian gaulkan lagi dengan bahan kering dan toskan ia lagi..penat? tak mungkin penat tangan anda itu... ok sekarang masukkan ayam yang telah disalut itu kedalam minyak yang tersedia untuk digoreng... 

7.haaa.... anda jangan lupa masukkan 4 sudu besar shortening ke dalam miyak masak yang sedang panas ..., proses ini membantu merangupkan juga ayam yang akan kita goreng itu. Ok senangkan..anda lakukan lah sehingga selesai ayam-ayam itu digoreng.Selamat menjamu ayam goreng rangup ala chef obie cuba baru tau..r...

Terimbas kembali kisah lama..ni zaman chef lepas sekolah..lepas SPM..sebab kalau tengok ayam goreng boleh bergenang air mata....sebab dulu setakat meguli ayam goreng ni..small the piece la orang cakap...huuuu chef mula bekerja sejak usia 14 tahun...walau kerja part time masa cuti sekolah atau waktu berkesempatan....


Masa chef obie muda remaja..Bersama staff MB dari Tampoi dan Taman Cendana Pasir Gudang


Bersama staff MB Taman Cendana


Gambar kiri - Bie ,Restaurant manager- Puan Zuraidah & Boss Mr Lee , mase tu supervisor name die encik azri, manager asal name die encik nizam..ingatan chef masih kuat juge rupenye heeee... maaf yea gambar dulu ni bukan mcm dlm smartphone sekarang ni, gambar menggunakan kemera canon dan berkodak filem lagi!

mmmm saje mengimbas kembali nostalgia dulu heee, bukan ape apebile makan di marrybrown fast food restaurant pasti secare tak sengaje akan teringat waktu mude remaje dulu- chef pernah bekerja dan menimbe pengalaman di fast food restaurant ni sebagai krew aje- merangkap kitchen krew , floor krew dan counter...waktu tu sementara menunggu keputusan SPM 1998.ahaks... kire dalam gambar tu chef obie - Lokasi Marrybrown tu kat Taman Cendana Pasir Gudang.Boss bie mase tu nama die Mr Lee, adik beradik name same..merupakan tauke marrybrown cawangan taman cendane dan pasaraya Maslee...memang baik la sesangat boss bie mase tu...



Isnin itu Monday

Pen Merah Pen Biru
I Marah I ♥️ You ..gitew
Pemilihan warna Merah sebagai warna Hari ni...boleh? Okay Tak kisahlah warna apa yg anda pakai dan gunakan Hari ni , yg penting sentiasa bersemangat Dan happy aje...Semoga urusan kalian semua Sempoi Dan lancar ðŸ˜†.

Kalau Anda Ada planning nak jadi Peniaga atau pengusaha Makanan..Tak kirelah nak jadi Tauke cafe , gerai ,foodcourt , kantin mahupun restauran atau katering atau ingin penambah baik dalam menu kedai bolehlah

Hubungi MGJ CONSULTANCY


http://www.wasap.my/60172260719 Chef Obie

http://www.wasap.my/60169166010 PA Nesa

http://www.wasap.my/60137326939 Encik Faris

Klik link dibawah ini , tq

http://chefgunawanmalaysia.blogspot.com/2019/11/ekonomi-gawat-jom-kita-berniaga-dan.html?m=1

#chefobie
#chefobiecrew
#mgjconsultancy #kelasmasakan #kelasmasakanperniagaan #kelasmasakanpopularchefobie #foodconsultant #foodstyling #foodstylist







No comments:

Post a Comment

Chef Obie Kelas Western Food 2024

  Chef Obie Kelas Western Food 2024 Assaalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera , Sekiranya Anda Ingin Intipati seperti Tahun - Tahun yg lepa...