Wednesday, May 31, 2017

RESEPI NASI ARAB POPULAR : NASI KABULI AFGANISTAN

Masuk Ramadhan ke 6 , Syukur Alhamdulillah masih diberi nafas untuk melangsungkan kehidupan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNYA. InshaAllah semoga kite semua mampu melaksanakan ibadah-ibadah dengan sempurna dan semampu..mengikut keadaan...maklumlah..kitekan manusia penuh dengan kekhilafan dan kekurangan.

Pagi ni chef masih di ICU / CCU HOSPITAL BANTING ,ye popular jug dengan lapang dada dan semnagt seperti selalu , doakan utk kesihatan mak chef yea...

Hari ni chef nak kongsikan satu resepi nasi..yang popular juge  sepanjang chef berkhidmat bersama hotel-hotel tempatan..lagi-lagi bile masuk Ramadhan fiest..Menu Buffet Ramadhan pasti ada !Selain Nasi Beriani , Nasi Arab dan macam-macam lagi la...NASI KABULI AFGANISTAN ini agak istimewa pada chef kerana cara memasak dan penyediaan yang mudah , tidak perlu menumis bagai...semua sekali boh aje..one shot masuk dalam periuk dan masak ! Apa lagi korang boleh try yea..

RESEPI NASI KABULI AFGANISTAN



Bahan

1 kg Beras Basmathi atau Cream PUSA
2 sudu besar Lada Hitam dikisar atau diketuk
1 sudu besar Serbuk Jintan Manis
1/2 sudu besar Serbuk Jintan Putih
2 sudu besar Biji Ketumbar Ditumbuk
500 ml Susu Segar atau Susu UHT atau Susu Cair atau Santan ( 1 kotak kecil aje )
Air Rebusan Ayam atau Daging atau Air Kosong dnegan Nisbah 1 : 1 ( lebihkan sedikit dalam 1 cawan kerana kite guna Beras Basmathi atau Cream PUSA  selain kite telah masukkan susu sebentar tadi )
2 helai Daun Bay atau Setangkai Daun Limau Purut
Gula , Garam dan Chicken Stock sebagai Perasa
2 sudu besar Minyak Sapi atau ghee atau minyak masak 

Hiasan : Hirisan Lobak Merah , Gajus atau Badam Panggang , Hirisan Daun Ketumbar atau Daun Sup


Cara Penyediaan :

1.Cuci Beras dahulu , Masukkan ke dalam periuk nasi , masukkan ke semua bahan-bahan diatas dalam periuk termasuk minyak sapi.

2.Kacau mesra dahulu semua bahan . 

3.On kan rice cooker anda dan masak.

4.Setelah masak , gembar gemburkan nasi menggunakan garfu atau chopstick , bagi mengelakkan beras patah . Siap untuk dihidang .

5.Bolehlah hiaskan dengan hirisan lobak merah dan daun ketumbar



Korang boleh nikmati NASI KABULI AFGANISTAN ini dengan pelbagai hidangan lauk pauk ( hidnagan yg sama seperti korang makan nasi minyak , beriani dan hujan panas )
Selain side NASI KABULI AFGANISTAN juga boleh menggunakan salatah dan hararah ! Korang juga boleh mencuba pelbagai menu dan Aneka Resepi Nasi Chef Obie dengan memiliki ebook

ANEKA RESEPI NASI

























ANEKA RESEPI NASI menydiakan pelbagai resepi-resepi authentik nusantara , arab dan timur tengah.
Hanya RM40 sahaja

Anda boleh terus Whatsapp / Telegram chef obie
0172260719

juga boleh lawati ke link yang diberi - PELBAGAI RESEPI MASAKAN DAN BAKING

Salam Sayang Selalu

CHEF OBIE
#takhensemmanistuade #lelakipunnakscrub #putusterpaksa #57resepimenubazaarramadhan2017

No comments:

Post a Comment

KELAS KEK PASTRI BAKERI DAN KONFEKSI DI KOTA KINABALU SABAH

  KELAS KEK PASTRI BAKERI DAN KONFEKSI DI KOTA KINABALU SABAH    Assalammualaikum Salam Isnin, Warga KK Kota Kinabalu Sabah, Penampang, Puta...