Sunday, May 28, 2017

RESEPI APAM BUTTER GULA HANGUS POPULAR

Chef masih di ICU/CCU Hospital Banting.
Doakan kesihatan mak chef , supaya cepat sembuh dan kembali ceria seperti selalu.

Alhamdulillah , hari ni chef sempat juga pagi tadi menyelesaikan isu cage kucing chef tu..si ,keju dengan si memey .Semoga budak bulus tu selesa sedikit lah..maklumlah sekarang ni agak terabai sedikit masa untuk bulus tu.

Ramadhan ke 2 hari ini chef ingin kongsikan resepi simple supaya mudah hakak hakak abang long mencuba resepi ni..untuk dijadikan pemanis berbuka puasa nanti !



RESEPI APAM BUTTER GULA HANGUS

Bahan Utama :



200 gram gula pasir

50 gm gula perang

250 ml air
70 gram mentega ( chef guna brand anchor unsulted butter )
6 biji telur Saiz A atau B
160 gram susu pekat manis
190 gram tepung gandum
2 1/2  camca teh soda bicarbonat

  1. Cara Penyediaan :

    1. Panaskan Pengukus dan pastikan air cukup. ( anda juga boleh gunakan oven - pastikan panaskan dahulu 180-200c dan letakkan air dibahagian bawah oven ) ala-ala nak baked cheesecake
    2. Masakkan  gula pasir dan gula perang hingga menjadi gula hangus, guna api sederhana sahaja. 
    3. Masukkan air perlahan lahan . Kacau rata dan masukkan mentega,kacau sehingga mentega larut bersama gula hangus. Matikan Api dan Sejukkan.
    4. Pukul telur sehingga berbuih dan kembang .
    5.  Tuangkan  susu pekat manis dan sambung pukul hingga hingga sebati. sila gunakan kelajuan sederhana sahaja, 
    6. Masukkan tepung dan soda bicarbonat yang telah ditaapis bersama sedikit demi sedikit. Pukul sebati dan masukkan gula hangus di gaul rata. 
    7. Rehatkan adunan selama 2 jam ( tutup dengan plastik atau cling film )
    8. Masukkan adunan ke dalam bekas yang anda suka sama ada loyang besar saiz 7 inch atau dalam bekas kek cawan atau apa sahaja bekas yang anda suka.
    9. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. ( jika oven..bakar 1 jam atau mengikut oven anda )
    10. Sejukkan dahulu baru hidang ! Selamat Mencuba dan Selamat Berpuasa anda juga boleh mencuba pelbagai resepi-resepi menarik di link yang diberi ini...juga dapatkan ebook masakan sebagai tanda sokongan !Resepi & Menu Bazaar Ramadhan 2017 Anda juga jangan ketinggalan memiliki 

    11. 57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN POPULAR 2017
      117  muka surat

      Lebih daripada 57 Resepi pilihan yg menarik
      Pelbagai kategori -pembuka selera
      -kuih muih
      -hidangan utama
      -golek & panggang
      -minuman variasi & lain-lain 
      Perlu anda miliki


      Hanya 




      RM90 sahaja ðŸ˜ŽðŸ“šðŸ’³






      Ke salah satu akaun pilihan dibawah 

      Encik @ Cik @Tuan @ Puan boleh bank in Baki Perkhidmatan Katering
      Ke salah satu akaun pilihan


      1.MAYBANK 151409098193
      2.CIMB 7619121286
      3.BSN 14005-41-00008021-7
      Atas nama Muhamad Gunawan Jamil
      Simpan resit - Bukti pembayaran.
      whatsapp info pembayaran kpd pihak chef obie
      0172260719




      FB : chefobie untold
      IG ; chef_obie_official 
      chef oBiE

No comments:

Post a Comment

Chef Obie Kelas Western Food 2024

  Chef Obie Kelas Western Food 2024 Assaalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera , Sekiranya Anda Ingin Intipati seperti Tahun - Tahun yg lepa...