Resepi Cupcake Pilihan Netizen : ALMOND MOCCA CUPCAKE
chef obie memasak menggunakan minyak kelapa medetop !
Masih belum terlambat chef obie mengucapkan HAPPY DEEPAVALI kepada yang beragama hindu.
Alhamdulillah hari ini chef dapat juga menyelesaikan beberapa dateline dengan sempurna walau kata orang hari inikan cuti, Tapi tidak pada mereka yang ada komitmen tidak menentu dan sibuknya tidak dijangka.Syukur kepada Allah swt merupakan sebaik-baik PERANCANG dan pemberi rezeki.
Terima kasih kepada anda yang menggunakan perkhidmatan katering SKY CHEF CATERING KUALA LUMPUR , juga anda yang mendapatkan ebook keluaran SWEETMEDIA nukilan chef obie juga yang menggunakan khidmat perundingan profesional dalam set up Restauran, foodtruck , kedai bahan bakeri , foodcourt , gerai dan yang berkaitan daripada MGJ CONSULTANCY KUALA LUMPUR .Perkhidmatan profesional daripada chef obie telah mendapat sokongan ramai semenjak 2010 hingga kini.
Berbalik kepada tajuk diatas pasti ramai yang tahu dan pandai makan cupcake,tapi tak ramai juga yang tahu apa itu cupcake , cupcake tu muffin ke? muffin tu cupcake ke ? chef ingin berkongsi sedikit info berkaitan cupcake dan muffin.
Cupcake
Kek
yang dibakar dalam bekas cawan kertas dan mempunyai pasangan buttercream,
frosting dan sebgainya yang sesuai.Yang jelas ia lebih menarik dan manis.Juga mesti berpasangan dengan hiasan buttercream,frosting , ganach'e atau kombinasi cream dan ganach'e dan sebagainya yang penting ada pasangannya diatas permukaan cupcake.
Muffin
Kek
kecil yang berasal dari UK , bezanya dari segi rasa kurang manis , kek mesti
merekah dipermukaan dan tiada hiasan buttercream atau apa sahaja diatasnya -
Perlu diIngat TIADA pasangan diatas permukaannya seperti
cupcake.jelas tak?mudah untuk anda bezakan cupcake dengan muffin.Cuma
kebanyakan dalam pasaran tidak menghasilkan muffin yang sebenar atas sebab
costing dan permintaan masyarakat tempatan yang suka benda yang cantik, jadi
terhasilah sponge cake pelbagai perisa dan perasa sebagai muffin.
Jelaskan, mudah aje nak bezakan cupcake dengan muffin,Jom kita buat cupcake yang mudah dan sedap " ALMOND MOCCA CUPCAKE "
Bahan
240 gm
Mentega Unsulted Butter
210 gm Gula
5 biji Telur
saiz A atau B ( simpan peti sejuk semalaman sebelum digunakan )
200 gm
Tepung Gandum ( ditapis )
3 sdm Tepung
Jagung ( ditapis )
1 sdt Serbuk
Penaik atau Baking powder ( ditapis )
1 sdt Vanilla
essence / Vanilla Flavour
1 biji
parutan kulit lemon
1 sdm
Nescafe+ 1 sdm air panas ( kacau mesra )
4 sudu besar
Tepung Susu Krim
80gm Hirisan Badam ( dibakar dahulu sebelum digunakan )
Garam
Secubit
Cara
Penyediaan :
1.Sila
Pastikan bahan kering seperti – Tepung gandum ,Tepung jagung dan serbuk penaik
ditapis atau ayak bersama.Sila tapis 3 kali untuk mendapatkan hasil yang
sempurna.
2.Pukul
mentega bersama garam dan gula sehingga lembut adunan dan berubah warna.
3.Masukkan
telur sebiji demi sebiji dengan kelajuan pukulan sederhana , jangan lupa
vanilla essence dan bancuhan nescafe ( 1sdm air panas ) teruskan pukulan
sehingga kembang .
4.Perlahankan
pukulan, masukkan bahan kering yang telah ditapis dan hirisan Almond sehingga
selesai, pastikan mesra dengan adunan, hentikan pukulan.
5.Masukkan
Adunan ke dalam plastik piping bag bagi memudahkan anda paip aduna ke dalam
acuan kertas cupcake. * Pastikan paras adunan dalam kertas cupcake melepasi
setengah bahagian kertas cupcake- Anda disarankan menimbang adunan yang diletak
dalam kertas cupcake supaya standard ketinggian dan berat cupcake apabila
selesai dibakar.
6.Panaskan
oven anda terlebih dahulu , 10 minit sebelum membakar. Set kan suhu 180’c bakar
selama 25 minit atau sehingga masak *Setiap oven dirumah adalah tidak sama suhu
kepanasan. Sebaiknya anda kurangkan suhu kepada 170”c
Sebagai
Pasangan Almond Mocca Cupcake sesuai untuk semua jenis buttercream , topping
mahupun frosting , mahupun ganache sahaja ( Anda boleh variasikan dengan
meletak hiasan atau bahan pewarna atau perasa )
Sila dapatkan ebook-ebook SWEETMEDIA nukilan chef obie yang telah mendapat sambutan netizen sejak 2012 hingga kini sila klik link dibawah ini
Jangan terlepas peluang untuk Join BENGKEL SENI MASAKAN CHEF OBIE , bermula bulan September , Oktober , November dan Disember 2017 untuk keterangan lanjut boleh hubungi
+0169166010 Nesa
+0172260719 chef obie
No comments:
Post a Comment