Wednesday, September 18, 2019

RESEPI EPOK EPOK BERJERAWAT @ KARIPAP CRISPY CHEF OBIE

Resepi Epok-epok Berjerawat atau Karipap Crispy Chef Obie

Alhamdulillah syukur , masih digerakkan hati untuk berkongsi resepi yang mudah , yang percuma dan tanpa bayaran , jika inginkan sesuatu yang lebih sistem , standard , berjadual dan kosting itu semua didalam kursus atau kelas masakan mahupun baking perniagaan , ia bergantung situasi dan keperluan anda diluar sana.
Walau bagaimanapun semoga anda diluar sana dapat membuat dan menggunakan resepi chef obie ini sebaiknya , jika buat untuk keluarga mahupun bizz kecil-kecilan silakan praktikkan resepi ini. Selamat Maju Jaya






Bahan

1.5 kg Ubi Kentang potong dadu ( Goreng asingkan )

500gm Keledek potong dadu ( Goreng asingkan )


PES inti Epok-epok

4 biji Bawang Merah dikisar
1 biji Bawang Merah dimayang
5 biji Shallot @ Bawang kecil dikisar
2 ulas Bawang Putih kisar
1 inci Halia tua kisar
5-7 btg Cili API Merah dihiris
5 sdb Rempah Kari Ikan
1 sdt Serbuk kunyit
1 tin Sardine kecil
2 sdb Udang Kering (rendam seb ntar )
6 sdb gula pasir
1 sdb Garam
(Jika anda ingin menambah lagi perasa dgn menggunakan Serbuk stok ayam atau msg itu terpulang)
3/4 cawan Minyak Masak

Cara Penyediaan :

1.Panaskan Minyak,masukkan Bawang yg dimayang tumis sebentar, kemudian semua bahan kisar,kacau mesra sehingga pecah minyak,giliran rempah Kari Dan Serbuk Kunyit.
2.Kemudian,Cili API ,udang kering dan sardine,kacau hingga mendidih,masukkan gula Dan Garam **jika and ingin tambah lagi perasa itu terpulang.kacau hingga pecah minyak.
3.Masukkan Ubi Kentang & keledek yg tlh digoreng asing tadi.Kacau mesra dgn PES ini.Matikan api,biar sejuk diluar pada suhu bilik sebelum digunakan.

Doh Epok-epok atau Karipap Rangup
Bahan
1 kg Tepung Gandum
2 sdb Marjerin Planta / Pelangi
1/2 cawan Minyak
1 1/2 sdt Garam
1 cwn Air sejuk

Cara Penyediaan

1.Panaskan Minyak+Marjerin.Marjerin sebati Dan cair matikan api, biar 4 minit sebelum digunakan.
2.Satukan ke semua bahan dalam bowl besar,uli & ramas perlahan-lahan sehingga Menjadi doh yg lembut,( tiada lebihan Tepung di permukaan bowl ) wrapingkan dgn cling film,sejukkan Dlm peti sejuk sekurangnya 3 jam sebelum dicanai.
3.Canaikan doh mengikut citarasa anda,kelim doh Dan gunakan inti epok-epok kegemaran anda. Goreng hingga kuning keemasan.


Epok-epok Berjerawat @ Karipap Crispy Chef Obie


Pencarian Kursus / Kelas Masakan Perniagaan Popular Sila Klik 

Jom Layan Koleksi 24 Lagu Nasyid Terbaik Sepanjang Zaman ( Malaysia )

No comments:

Post a Comment

Chef Obie Set Up Central Kitchen

  Chef Obie Set Up Central Kitchen  Assalamualaikum wbt Kesayangan semua, Tetaplah bersemangat Dan bahagia cara yg paling sederhana    Chef ...