BENGKEL MASAKAN PERNIAGAAN SIZZLING DAN CLAYPOT BERSAMA CHEF OBIE ( MEDETOP ) -
SIRI BENGKEL MASAKAN POPULAR 2017 / 18
Kemeriahan & Kejayaan Bengkel Masakan Sizzling Dan Claypot Chef Obie Bersama MEDETOP #medetopmalaysia #medetopcookingoil
Assalammualaikum wbt Dan Salam Jumaat , Salam Sejahatera
Kepada Anda semua yang melayari blog chef obie hari ini.
Pada Hari Sabtu 30 September 2017 yang lepas , chef obie telah mengadakan
Bengkel Masakan Untuk Perniagaan Sizzling Dan Claypot Bersama Chef Obie dan Penaja Utama oleh MEDETOP , turut bersama MGJ Consultancy , Roots By Pchaei & Cemara Kitchen Di IYC International Youth Centre atau Pusat Belia Antarabangsa , Cheras Kuala Lumpur.
Bengkel berjalan lancar dan meriah dengan dihadiri oleh pelbagai peserta dan latarbelakang, Paling menarik Bengkel Masakan Chef ini telah berjaya mencuri perhatian peserta dari luar negara seperti Negara Jepun ( coco & misa ) juga dari Negara Syiria ada 6 peserta juga boleh berbahasa peranchis dan bahasa melayu dan selebihnya adalah peserta tempatan jauh dan dekat. Bengkel yang dilimitkan 30 peserta telah memecah tradisi Bengkel Masakan Tempatan dengan mendapat sambutan dari peserta luar oleh Selebriti Chef Obie yang tidak sampai sebulan perancangan dan pemasaran yang
dibuat.
Sempoi aje kan...tapi sungguh mengujakan , Anda semua yang menjayakan Bengkel Masakan Sizzling & Claypot Bersama Chef Obie memang Terbaik !
Tahniah kepada Team Chef Obie & Penaja Medetop !
Di atas dan Dibawah ini adalah sebahagian gambar - gambar candid sepanjang Bengkel Masakan diadakan. Gambar juga daripada kamera peserta dan team chef obie yang telah dikongsikan bersama ... love you all for being very very supportive to Chef Obie & Team ! Tidak lupa juga chef jemputan iaitu Chef Hamzah JM turut sama membuat satu demo masakan yang mudah dan sedap , Terima Kasih , Thank You , Arigatou Gozaimasu & Syukran Alhamdulillah !layan yea... Jangan kata abang tak payung...
semestinya penggunaan minyak kelapa medetop menjadi pilihan chef obie !
#mmmmazing
Terima Kasih Asy Baker, follower chef obie yang gigih bersama click joint Bengkel !sportting you all..Anda yang ingin menerima tempahan Sizzling boleh contact beliau okay..cover area Balakong, Semenyih , KL dan Ampang jangan lupa FB : Asy Baker
Memang Salute kepada Ayi Al Hamrah juga Follower chef obie di FB & Insta , memang rajin follow program chef obie walau mana che obie pergi kesudiannya joint memang bikin chef terharu, pagi-pagi dah muncul depan pintu IYC !apapun tahniah kepada bakal ibu ini.
Peserta memberi kerjasama yang baik dan sempoi !
Bersama peserta daripada Negara Syria Miss Abeer yang support Bengkel Masakan Chef Obie
chef obie menerangkan betapa pentingnya menyediakan hidangan masakan untuk berniaga dengan cara yang sihat dan sedap !
Layan ajela..bila chef obie mengajar secara live , macam-macam bahasa diguna pakai..kelas kan !
Peserta daripada Negara Jepun Madam Coco Momose , hadir bersama anaknya Misa , chef obie boleh cakap jepun juge tau..sikit-sikit esok-esok banyak-banyak hahaha....
Memang sempoi juga peserta dari Negara Jepun ni..berceloteh dan membantu chef obie memasak sizzling dan claypot
Chef Obie dan chef jemputan Chef Hamzah JM
chef jemputan - Chef Hamzah JM turut memberi sokongan dan membuat demo masakan sizzling !
Juga peserta dari negara Syria seorang jurutera di Malaysia !
Sweet Memories... Jangan ketinggalan untuk bersama-sama chef obie dan team di Bnegkel seterusnya
" MASTER THE ART OF CHOCOLATE WORKSHOP WITH CHEF OBIE "
learn 3D chocolate Pastillage , Brownies , Energy Bar & Cocoa Chips
Hubungi
P.A chef obie 016 9166010
Pn Nur 013 2015772
En Hairul 017 2017187
chef obie 017 2260719
No comments:
Post a Comment