Wednesday, September 18, 2019

Status Mc Donald Malaysia


Hasil pertemuan dengan Gerbang Alaf Restoran (Mcdonald Malaysia).

Jawapan dari mcdonald mengenai status mereka.

1- Mcd Malaysia,Singapura dan Arab Saudi adalah milik muslim 100%.

2- Owner Mcd malaysia adalah lionhorn pte ltd syarikat bawah reeza group (Arab Saudi). Jadi dia adalah milik muslim sepenuhnya (100%)

Kedudukan Mcd di Malaysia hari ni sama kedudukan KFC Malaysia yang dimiliki oleh (JCORP).

3- Maknanya Mcd malaysia bukan milik mcdonald’s corporation. Yakni bukan milik US.

4- Mcdonald’s corporation adalah pemilik asal mcd satu dunia.

5- Lionhorn membeli seluruh share yang dimiliki oleh mcdonald corporation di arab saudi malaysia dan singapura.

6- Memang dahulu Mcd malaysia melalui Golden Arches Restaurants adalah milik Mcdonald Corporation. Tetapi tahun 2016 sudah dibeli oleh Reeza group melalui lionhorn dan dijadikan sebagai milikan penuh mereka 100%.

7- Di malaysia Mcd diuruskan oleh Gerbang Alaf restoran anak syarikat lionhorn.

8- Adakah Mcdonald Malaysia bayar royalti pada Mcdonald’s Corporation? Ye ada tetapi bayaran kerana memakai brand mcdonald. Keadaan ini sama mcm KFC, A&W dan sebagainya yang memang kena bayar utk lesen jenama.



9-  Jangan sesiapa kata KFC tidak bayar royalti penggunakan brand kepada KFC US. Kerana memang ada bayaran itu melalui  Yum Brand Inc.(yang menguruskan KFC US). Boleh rujuk 

10-  Adakah Mcd bantu Israel. Setakat ini belum ada fakta dan bukti yang benar yang tunjuk bahawa Mcd bayar secara kewangan syarikat kepada Israel. Maksudnya di US. Di Malaysia lagilah tidak ada penglibatan dengan Israel.

11- Sumbangan peribadi pekerja mcdonald kepada dana Israel yang itu tidak boleh dinamakan sumbangan mcdonald kepada Israel.

12-  Lagipun sumbangan itu tidak pernah direkodkan maksudnya tidak ada dalam catatan. So itu masuk dalam (zann) yang tidak boleh dijadikan hujah.

13- Jumlah pekerja Mcdonald malaysia 12k. Pekerja Muslim 80%.

14- Pekerja muslim Mcdonald ini terselamat dari serve arak dan benda haram lain. Anak orang Islam kita tidak terselamat dari serve arak di 7 eleven, KK mart dan lain lagi syarikat yang terlibat dengan arak.



15- Mereka dbenarkan dan digalakkan solat. Tidak seperti syarikat lain yang tidak patuh Syariah yang tidak membenarkan pekerja muslim mereka solat tutup aurat bahkan solat jumaat.

16- Polisi Mcdonald mengikut Jakim yang mengalakkan pekerja Islam melaksanakan tuntutan agama. Menutup aurat, Solat dan Solat jumaat diwajibkan kepada pekerja lelaki.

17- Mcdonald malaysia bayar zakat keuntungan mereka.

18-  Mengenai sumbangan mcd US kepada JUF (Jewish United Fund) sila rujuk link video di bawah.


19- ini satu lagi video yang agak terpeinci sedikit.


20- Kesimpulannya 
Ada lima persoalan besar di sini

a - Adakah Mcdonald malaysia milik Mcd US?

Jawapannya tidak. Ia sudah dimiliki sepenuhnya oleh muslim

b- Adakah Mcd malaysia bayar royalti utk gunakan brand Mcdonald?

Jawapannya Ya ada, sama seperti KFC, Burger King, A&W dan lain lain lagi yang membayar kepada syarikat induk mereka untuk guna brand mereka.



c- Adakah pernah mereka yang terbabit dengan Mcdonald memberi duit kepada Israel?

Ye ada tetapi bukan sumbangan syarikat tetapi sumbangan secara individu yang tidak mengambil langsung dana Mcdonald. Sumbangn dari wang poketnya sendiri. Sumbangan secara individu tidak patut dinamakan sumbangn Mcdonald. Kerana kenyataan demikian tidak adil. Seperti kenyatan melayu pemalas. Kenyatan ini tidak adil. Sedangkan bukan semua melayu malas.
Lagipun individu itu sudah tidak lagi menjadi pekerja Mcd.

d- Adakah Mcdonald milik yahudi?

Jawapannya tidak. Mcd adalah syarikat public listed. Yang dimiliki oleh shareholder yang ramai. Mcdonald dimilki oleh 1.8 juta orang shareholder yang membeli saham Mcdonald. So segala aktiviti kewangan melalui audit yang ketat dan mustahil boleh melarikan wang itu untuk Israel tanpa melalui audit dan pengetahuan shareholder. 

e- Adakah Mcdonald ada buka restorannya di Israel?

Ye 
ada dan itu diluar kawalan Mcdonald Malaysia. Perkara itu susah untuk diambil sebagai kayu ukur. Kerana semua jenama dunia ada di Israel. BMW Mercedes Volkswagen Iphone samsung Hyundai dan lain lain.Kalau itu alasan boikot maka kena boikot semua produk itu juga.



Ini hasil pertemuan dengan Gerbang Alaf Restoran pada selasa 19/12/2017.

Tidak ada niat nak membela Mcdonald.
Niat saya hendak mengajar dan mengajak kepada satu falsafah Islam, iaitu tidak puas hati dengan satu pihak perlu berjumpa sebelum menuduh. 

Kami bertanya pihak Mcdonald. Kalau ada orang yang ingin berjumpa mereka bagi menyelesaikan kekeliruan. Mereka menyatakan kesediaan bila-bila masa saja untuk berjumpa.

Itu yang kami perolehi dari mcdonald. Jika ada yang hendak menyanggahi fakta di atas sila bawa fakta (yang boleh disandarkan kepada pihak yang sanggup bertanggungjawab atas fakta itu).

Insyaallah saya akan pergi berjumpa pulak pihak yang mengeluarkan fakta yang menyanggahi Mcdonald ini.

Ustaz Zul Pandan tak mahu bergaduh cuma hendakkan perdamaian dan kebenaran.
😊😊

Kredit Ustaz Zul Pandan

Chef Obie kalau bab burger jika diberi pilihan memang jawapannya Mc Donald , masa budak-budak bawah umur ,abah & arwah mak chef kalau bawak ke Mc Donald Lokasinya Di Holiday Plaza JB , zaman tu cawangan tak banyak lagi , & chef ketika itu menetap di Masai , nostalgia sungguh....favourite Chef Dah Tentu Double Cheese Burger atau Cheese Burger aje..



Chef Obie , Asal Johor Bharu , Johore , Merupakan Profesional Chef yang Aktif Dalam Pembangunan , Pembentukan F&B Dalam Komuniti di Malaysia.

PLEASE FOLLOW

Instagram : chef_obie_official 



Sharing Is Caring #bmf #BMF


No comments:

Post a Comment

Chef Obie Set Up Central Kitchen

  Chef Obie Set Up Central Kitchen  Assalamualaikum wbt Kesayangan semua, Tetaplah bersemangat Dan bahagia cara yg paling sederhana    Chef ...