Saturday, June 17, 2017

Resepi Hidangan Hari Raya Di Malaysia , Brunei , Indonesia dan Singapore

gambar chef obie berbaju melayu warna oren bersama teman-teman media massa &  media cetak

Salam Ramadhan warga netizen nusantara - Terutama anda yang sentiasa menyokong karier chef obie..atau mesra dengan panggilan Bie ini.,baik anda yang berada di Malaysia , Brunei , Indonesia mahupun di Singapore. Jutaan Terima Kasih untuk anda semua .

Bie ingin panjatkan doa dan Al Fatihah untuk bonda Cinta Hati Bie selama ini , MashaAllah rindu sangat pada bonda.
Bonda chef obie baru sahaja kembali ke Rahmatullah menghadap Sang Pencipta Di Bulan penuh keberkatan ini iaitu pada 18 Ramadhan 1438H.

Semoga Bonda Ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman , Ya Allah Tempatkanlah bonda di Syurga dan jauhilah Bonda daripada seksaan api neraka. Aamin.

Kembali kepada isu asal , walaupun kite masih lagi dalam ibadah berpuasa , persediaan dan perancangan awal dalam penyediaan menu dan hidangan Hari Raya Aidilfitri tidak boleh dipandang mudah .

Chef obie cuba berkongsi sedikit info - " Aidilfitri atau Idul Fitri di Nusantara dan panggilannya mengikut negara "

Di MalaysiaSingapura, dan Brunei Darussalam, Idul Fitri dikenal juga dengan sebutan Hari Raya PuasaHari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah. Masyarakat di Malaysia dan Singapura turut merayakannya bersama masyarakat Muslim diseluruh dunia. Di Indonesia dikenali dengan panggilan " Lebaran " mahupun Idul Fitri.

Dan Takbir Hari Raya juga Solat Sunat Aidil Fitri menjadi kewajipan penyeri sambutan 1 Syawal umat Islam seluruh dunia . Selain menziarahi pusara menjadi agenda utama di pagi hari raya . Yang pasti aura pada Hari Kemenangan Umat Islam ini menjadikan umat Islam muhasabah diri juga sesama saudara- saudaranya , rakan taulan , sahabat handai mahupun jiran tetangga . Bersama - sama meraihkannya dengan adat kunjung mengunjung dan saling bermaaf-maafan . 

Kalau dah kunjung mengunjung sudah pasti anda selaku tuan rumah akan menyediakan hidangan makanan yang menarik untuk para tetamu.

Sudah pasti kalau di Malaysia - 



Antara Menu Wajib adalah seperti :

Ketupat Nasi ( seperti ketupat satay dan ketupat bawang ) , Ketupat Palas , Lemang Bakar , Aneka Rendang ( Rendang Tok , Rendang Ayam , Mahupun Rendang Minang yang pedas dan mengancam itu.. ) Pelbagai Variasi Serunding ( dari Serunding kelapa , Daging dan Ayam ) Kuah kacang , Masak Lodeh , Lontong , Nasi Dagang Terengganu mahupun Kelantan , Pelbagai variasi gulai , pelbagai kuih muih dan biskut raya seperti biskut makmur , biskut semprit klasik yang popular , tat nanas dan banyak lagi.
Gambar dibawah ini sebagai bukti bahawa budaya serumpun itu kuat..mana tidaknya..kebanyakkan menu hidangan hampir sama !sedap dan menyelerakan!!!



Antara Menu Hidangan Hari Raya Orang Brunei , hampir sama kan dengan Malaysia ?

Antara Menu Hidangan Orang Indonesia juga hampir sama .

Gerek seh...hidangan menu Orang Singapura..saling tak tumpah juga dengan Malaysia..laksa penang , laksa johor , mee kari , roti jala , rendang , nasi impit mahupun ketupat...

chef obie nak kongsikan beberapa resepi yang boleh anda gunakan sebagai sajian di pagi hari raya nanti mahupun sesuai untuk " Open House " .



MENU 1 :  Resepi Laksa Penang

 *10 ekor ikan kembung/ikan sardin/selar mata besar
* 10 tangkai Cili Kering 
*3 keping Asam Keping
*3 biji Bawang besar 

Belacan secukup rasa

Cara Membuat: 

*Bahan-bahan ini direbus bersama di dalam satu periuk yang sama,jangan sampai terlalu hancur.  10 minit sahaja masa merebusnya.

 Toskan semua bahan tersebut untuk sejuk seketika selama 15-20 minit

 Air rebusan ikan jangan dibuang, tinggalkannya di dalam periuk untuk dibuat kuah laksa .

Ceraikan/asingkan isi ikan dari tulang ikan. 

 Kisar bawang besar + cili keing + isi ikan + Belacan.

 Asam keping tak perlu blender, tinggalkan asam  keping dalam periuk untuk memasak kuah laksa tersebut

 Bahan yang telah diblender (bawang besar + cili keing + isi ikan + Belacan). , masukkan semula dalam periuk untuk kuah.

 Tulang ikan yang telah diblender kan, perlu diasingkan (tambah air), selepas itu tapis tulang ikan tersebut, ambil air tulang ikan sahaja .

Lebihan tulang ikan yang telah hancur diblender, bolehlah dibuang

 Kalau nak banyak kuah, tambahkan air pada tulang ikan semasa ditapis tadi

 Panaskan periuk,kemudian baru masukkan bunga kantan, daun kesum...

 Garam secukup rasa.

Ulam-ulam yang sesuai dimakan mentah dengan laksa dan dihiris nipis
1) Daun selom 
2) Timun
3) Bawang besar
4) Cili merah
5) Daun pudina
6) Daun salad
7) Nenas
8)  Limau nipis dibelah dua



 juga telur rebus dan petis udang (optional)





MENU 2 : RESEPI DAGING MASAK HITAM MANIS

Bahan-bahan (10-12 orang)
1kg daging lembu
16 biji bawang merah – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
11/2  inci halia – dikisar
5 sudu besar cili kisar
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
10 sudu besar kicap manis
4 sudu besar kicap masin
2 Sudu Sos Tomato
2 Sudu Sos Cili
Garam dan gula ( optional )


Cara Penyediaan :
Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dah buah pelaga sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis seketika (dalam 3-5 minit). Masukkan kicap manis dan kicap masin.
Masukkan daging dan sedikit air. Kacau sehingga sekata. 
Masukkan sos tomato , sos cili ,garam dan gula secukup rasa( optional- jika anda rasa perlu gunakan ). Masak sehingga daging empuk.Siap untuk dihidang

Tips- Anda boleh lebihkan air jika ingin lebih kuah





MENU 3 : Ayam Masak Bali atau Ayam Semur Bali 


Bahan Utama:


1 ekor Ayam potong 12 atau 12 ketul Peha Ayam
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan pekat 

1 mangkuk bawang goreng tumbuk lumat
3/4 cawan kicap lemak manis 
1 cawan cili kisar
4 biji  bawang Merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 inci haliadikisar
1/2 inci lengkuas dikisar
4 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 kiub pati ayam , gula dan garam sebagai perasa 

1 Batang Serai diketuk
1 tangkai Daun Limau Purut
1 Tangkai Daun Kari
1/2 cawan bawang goreng ditumbuk

Cara Penyediaan :


1.Tumiskan bahan kisar , serai , daun limau purut dan daun kari sehingga sehingga naik minyak dan wangi.


2.Masukkan bunga lawang dan kayu manis dan cili kisar, bawang goreng tumbuk ,santan ,kerisik dan kicap 


3.Kacau perlahan-lahan supaya mesra.


4.Masukkan Ayam , gaul rata dan biar merenah pada api kecil.


5.Akhir sekali perasakan dengan kiub pati ayam , garam dan gula kacau sebentar.



6.Ayam Semur Bali siap untuk dinikmati !




MENU 4 : LONTONG JOHOR 

Bahan -

100g Sengkuang
1/2 biji kobis
1 biji lobak merah
1 biji terung
10 btg kacang panjang atau buncis
1 keping tempe ( saya guna yng packing dalam plastik ) – dipotong dan di goreng sebentar.
4 biji kentang ( kopek dan dipotong kecil )optional, jika tiada pun tak mengape
1 paket soo hoon
1 paket tauhu kering
150 g udang basah
2 biji kelapa parut ( ambil 2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat )
garam secukup rasa


Bahan kisar/blender

2 sudu besar udang kering
1 labu bawang besar
4 ulas bawang kecil / shallot
3/4 inci halia 
1/2 inci lengkuas (ketuk)
1 batang serai(ketuk)
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 inci kunyit hidup
atau 1 sudu besar serbuk kunyit

Cara penyediaan


- Semua sayur di bersihkan dan dipotong kecil

.
- Tumis bahan kisar hingga wangi, bhn ketuk dan hingga pecah minyak.

- Kemudian masukkan santan cair dan kentang(optional). Masak hingga kuah mendidih dan kentang hampir empuk.

- Masukkan santan pekat dan sayur yang lain, soo hoon, sengkuang dan udang. Kacau selalu agar santan tidak pecah.

- Masak hingga sayur layu, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Cara buat nasi impit atau ketupat segera

plastik tahan panas
beras yang telah di bersihkan dan di tos.


Cara penyediaan

- Masukan beras kedalam plastik dengan sukatan 1/3 beras daripada saiz plastik.

- seeled pada plastik, kalau tak ade seeler guna stepler pun blea, hati2 yea jgn sampai termakan..hee
- Rebuslah dalam periuk yang penuh berisi air. Tempoh rebusan bergantung saiz ketupat.
- Jika nasi telah kembang sepenuhnya dan struktur beras tidak nampak berbiji2 dalam plastik,tandanye
nasi ketupat tadi telah sedia diangkat dan disejukkan.

Bersama Serunding kelapa yg mengghairahkan tu..Jangan lupa..buat sambal tumis ikan bilis..dan telur rebus.untuk menyedapkan lagi hidangan lontong ni..


MENU 5 : Resepi SERUNDING KELAPA

Bahan Utama

4 biji kelapa parut ambil yang putih sahaja
1/2 cawan Biji ketumbar disanagi dan dikisar
2 sudu besar Jintan manis disangai dan dikisar
1 sudu besar jintan Putih disangai dikisar
4 biji bawang merah dikisar
2 batang serai diketuk
1 inci lengkuas diketuk
3 sudu besar serbuk kunyit
2 1/2 senduk gula pasir
1 sudu kecil garam
1 cawan minyak masak.

Cara Penyediaan :

1.satukan ke semua bahan bersama gaul mesra dan sebati ,

2.Masak diatas kuali pada api yang kecil atau sederhana.sentiasa dikacau mesra perlahan lahan.

3.Apabila serunding menjadi agak peroi dan berselerak berbutir-butir dan agak ringan, sila masukkan minyak masak, kacau mesra lebih kurang 3@ 4 minit matikan api, 


4.siap untuk dihidang.


MENU 6 : RESEPI AYAM KAPITAN

Bahan

4 ekor Ayam ( seekor dipotong 14@16 )dan cuci bersih
4 cawan Bawang Besar kisar
1 bunga Bawang putih kisar
4 inci Halia kisar
1 inci Lengkuas kisar
4 inci Kunyit Hidup
1/2 cawan Cili Merah Kisar
10 sudu besar Rempah Kari Daging
4 helai Daun Pandan & Daun Kari Secukupnya
1 liter Santan Kotak ( chef suka jenama KARA @ HARMUNI )
1/2 cawan Tomato Puri
1 inci Belacan
1/2 cawan Air Asam Jawa
2 sudu besar Kerisik
Gula Dan Garam sebagai perasa
3/4 cawan Minyak Masak
2 batang Lobak Merah @ 15 biji ubi kentang potong kiub ( optional jika tidak letak juga boleh )
Air secukupnya
Hirisan Daun Limau Purut sebagai hiasan

CARA PENYEDIAAN : 

1.Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar.

2.Masukkan Daun Pandan & Daun kari , tumis sehingga wangi dan pecah minyak.

3.Masukkan rempah kari dan kacau perlahan sehingga pecah minyak sekali lagi.

4.Masukkan ayam , kacau mesra dan masukkan sedikit air. Biar mendidih , masukkan tomato puri dan air asam , masukkan santan,lobak merah @ubi kentang.

5.Sesuaikan rasa Gula dan Garam, dan akhir sekali masukkan kerisik.Biar mereneh .


6.Boleh tambah air lagi jika inginkan kari kapitan sedikit cair.Hias dengan hirisan daun limau purut.



MENU 7 : Biskut Dahlia Klasik ( anda bolehlah buat awal 

sedikit sekurangnya seminggu sebelum hari raya Aidil 

Fitri )

Bahan-bahan



3 biji kuning telur

2 biji putih telur

2 sudu besar susu pekat manis

1 tin tepung jagung brand Brown &polson
2 cawan tepung gandum

1 sudu besar Tepung Susu

2 cawan mentega

2 ½ cawan gula halus

½ sudu kecil serbuk penaik



Cara Penyediaan

Pukul telur bersama gula halus sampai naik. Tepung jagung dan tepung gandum digaul, masukkan mentega, serbuk penaik, telur, susu dan vanila. Uli kesemuanya sampai lembut kemudian terap. Bakar pada suhu 160-170'c 15-18 minit ( suhu setiap oven tidak sama , anda boleh rendahkan sedikit suhu dan bakar sehingga masak )




MENU 8 : RESEPI GULAI IKAN TONGKOL 
Bahan -
1 ekor ikan tongkol - dibersihkan dipotong mengikut kesukaan anda

7 biji bawang merah ( kisar )

2 ulas bawang putih ( kisar )
1 1/2  inci halia ( kisar )
1 inci lengkuas ( kisar )
1 inci kunyit ( kisar )
1/2 sudu kecil lada hitam ( kisar )
1 biji bawang besar - dihiris
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 batang kulit kayu manis
4 sudu besar cili kisar
5 batang cili akar
2 sudu besar kerisik 
1/2 cawan rempah gulai - ( campur sedikit air )
1 keping asam gelugur @ keping
5 biji Belimbing Kecil
2 1/2 cawan santan
Sedikit gula nipah / kabung
Garam dan gula secukupnya

Cara Penyediaan : :

Tumis bawang besar dan kulit kayu manis.

Masukkan semua bahan yang dikisar dan kacau hingga wangi.

Masukkan rempah gulai dan cili kisar dan kacau.
Tuangkan santan dan kacau hingga mendidih.
Masukkan kerisik,cili akar, belimbing kecil,gula nipah, garam dan sedikit gula.
Masukkan ikan dan kacau perlahan ,


Pastikan hingga ikan masak.

Sedia dihidang bersama dengan Nasi Dagang Terengganu @ nasi putih .

No comments:

Post a Comment

Chef Obie Set Up Central Kitchen

  Chef Obie Set Up Central Kitchen  Assalamualaikum wbt Kesayangan semua, Tetaplah bersemangat Dan bahagia cara yg paling sederhana    Chef ...