Friday, June 30, 2017

Menu Popular Open House 2017

Masih dalam mood beraya ? Alhamdulillah kuatkan dan eratkan lagi tali persaudaraan dengan budaya kunjung mengunjung ke rumah saudara mara , sahabat handai dan rakan taulan selain saling bermaaaf maafan . 

Pasti korang jugak ada yang seronok membuat open house , paling tidak nextweek korang akan mula merancang untuk menjemput kawan-kawan makan-makan dirumah .

Antara menu-menu pasti korang juga akan fikirkan yang mudah disediakan dan sedap , jadi..bie pun nak sharingkan salah satu resepi popular... 
Bukan Laksa Penang yea...
asyik-asyik laksa penang aje..apa kate korang cuba pulak 
LAKSA JOHOR POPULAR DAN MARBELES !

gambar courtesy google

Resepi Laksa Johor


Bahan:

1 paket spageti (direbus terlebih dahulu)


Bahan A: Direbus dan dikisar (asingkan)


1 kg ikan kembung / selayang@sardine / selar mata besar
120 gm udang basah
1 sudu besar udang kering


Bahan B (dikisar):


4 biji bawang besar
10-15 tangkai cili kering 
1/2 inci  halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai 
2 keping asam gelugur@ keping
1 1/2 cawan santan pekat
1 liter air
1 paket kerisik
3 sudu besar rempah kari

Bahan hiasan:
8 biji limau kasturi
1 biji timun (dihiris halus)bahagian tengah dibuang
segenggam tauge segar
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah dan hijau
Sedikit daun kesum/daun selasih

Bahan sambal belacan:
15 btg Cili kering ( direbus terbih dahulu )
1 inci belacan (dibakar)
Garam secukup rasa
3 biji limau kasturi @ 1 biji limau nipis ( perahan air sahaja )

Cara Penyediaan :

Pertama sekali- Rebus spageti dan tos terlebih dahulu.

Rebus ikan, udang, udang kering dan asingkan tulang dan kisar hingga halus bersama air rebusan.

Untuk menyediakan kuah , tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B sehingga wang

Apabila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam beberapa  minit.

Masukkan ikan, udang, udang kering dan ikan kurau kering yang dikisar tadi.

Masukkan santan pekat , kerisik diikuti dengan air dan masukkan asam keping.

Perasakan garam dan gula secukup rasa.

Masak sehingga kuah pekat dengan api kecil selama lebih kurang 1 - 1 ½  jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.


 sambal belacan laksa johor

* mesin atau tumbuk kesemua bahan dan hidangkan bersama kuah laksa.


Kepada korang yang tercari-cari katering untuk beropen house boleh terus hubungi chef obie atau whatsapp pun boleh..
Yang penting korang berada dalam KL atau Ampang !

Pihak chef obie - SKY CHEF CATERING KUALA LUMPUR 
Menyediakan PAKEJ OPEN HOUSE HARI RAYA 
RM20 / RM15 / RM12 / RM10 / RM8 / RM7 




No comments:

Post a Comment

Chef Obie Set Up Central Kitchen

  Chef Obie Set Up Central Kitchen  Assalamualaikum wbt Kesayangan semua, Tetaplah bersemangat Dan bahagia cara yg paling sederhana    Chef ...