Sunday, September 24, 2017

Minyak Kelapa Dara Atau Virgin Coconut Oil VCO

Dibawah ini chef obie kongsikan info Mengenai VCO

MINYAK KELAPA DARA atau VIRGIN COCONUT OIL VCO

chef obie menggunakan minyak kelapa dara dalam setiap masakan, pilihan chef obie ialah medetop coconut cooking oil yang mudah didapati farmasi-farmasi terdekat anda .


Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang dihasilkan dari buah kelapa ‘organik’ yang segar, (bukan dari kopra) dengan kaedah yang tidak melibatkan penggunaan sebarang bahan kimia, suhu yang tinggi, tidak terhidrogen walaupun sebahagian, tidak juga menggunakan sebarang bahan pencair (‘solvent’) untuk mendapatkan hasil yang tinggi.


Diantara ciri-ciri lain Minyak Kelapa Dara ialah, ia mengandungi lauric acid yang tinggi, sekitar 50-57 % , dan capric acid sekitar 6-7 %. Tidak mengandungi trans fatty acid kerana ia tidak melalui proses penghidrogenan walaupun sebahagian, dan masih mengekalkan kandungan anti oksida asliTidak  melalui proses nyah bau dan nyah warna, dan masih mengekalkan bau aroma dan warna yang asli.


Oleh kerana penghasilannya sebagaimana perlakuan di atas, ia mempunyai jangka hayat yang lama (sekurang-kurangnya 2 tahun) berbanding   jangka  hayat minyak biasa yang cuma menjangkau maksimanya 1 tahun.
Sementara bagi minyak kelapa biasa, semua perlakuan di atas dilakukan untuk menghasilkannya.


Minyak kelapa dara yang telah terbukti mempunyai ciri-ciri yang baik untuk tubuh badan manusia


Sementara ciri-ciri khusus Minyak Kelapa Dara selain dari ciri-ciri di atas ialah , ia dihasilkan dari buah kelapa asli yang tidak diubahsuai secara genetik, diproses tidak melebihi dari 24 jam selepas dipetik, buah kelapa dipetik dari kebun yang tidak menggunakan bahan baja sebatian, dan tidak juga menggunakan sebarang bahan racun serangga.

Secara saintifiknya Minyak Kelapa Dara terdiri dari sekitar 50 % lauric acid dan 6-7 % capric acid.
Kedua-duanya adalah tergolong dalam kategori ‘medium chain fatty acid’ yang mempunyai fungsi kebaikan tambahan untuk membentuk  monolaurin dan monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin dan monocaprin adalah monoglycerides yang bersifat   antiviral,   antibakterial
dan antiprotozoal yang digunakan oleh tubuh badan manusia atau haiwan untuk memusnahkan ‘lipid coated’ virus seperti HIV, Herpes, cytomegalovirus,       influenza,


Beberapa   bakteria      pathogen
termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Hasil beberapa kajian juga menunjukkan bahawa  bahawa kedua-duanya juga menunjukkan kesan antimikrobial yang baik. Terbaru telah ditemui akan keupayaan monolaurin membunuh ‘lipid coated DNA dan RNA viruses’ termasuk HIV dan herpes, juga lain-lain mikroorganisma termasuk gram positif bacteria.



Dalam masakan berlemak juga sesuai menggunakan minyak kelapa dara ini selain menyihatkan ia juga menyedapkan dan menjadikan masakan tahan lama dan lambat basi- chef obie


Di dalam ‘An Ilsi North America Special Conference’ telah di takrifkan bahawa fatty acid yang terdapat di dalam Minyak Kelapa Dara sebagai ‘Functional Food’ yang membawa maksud bahawa ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Secara mudah dalam makanan terdapat  beberapa komponen yang bila diambil (dimakan/diminum) oleh manusia ia boleh digunakan oleh tubuh samada untuk membina tenaga, membina sistem daya tahan tubuh atau untuk kesihatan, membina sel-sel tubuh, serta beberapa fungsi minor yang lain. Bagi makanan yang  dikelaskan sebagai  ‘functional food’, jumlah bahagian  atau jumlah komponennya yang  boleh digunakan oleh tubuh untuk kesihatan mengatasi atau lebih banyak daripada jumlah komponen untuk tenaga dan lainnya.



Kerana banyak kelebihan dan keistimewaan yang ada dalam produk minyak kelapa dara menyebabkan chef obie menjadikan minyak kelapa MEDETOP sebagai pilihan dalam setiap program Bengkel Masakan mahupun Baking ! 
Paling terbaru chef obie akan menggunakan Minyak kelapa MEDETOP ini dalam BENGKEL MASAKAN UNTUK PERNIAGAAN - MASAKAN PANAS SIZZLING & CLAYPOT BERSAMA CHEF OBIE DI IYC PUSAT BELIA ANTARABANGSA , CHERAS KUALA LUMPUR . PADA 30 .9. 2017 HARI SABTU INI !

Masih belum terlambat untuk anda join sekali,penyertaan terbuka..jom jangan ketinggalan yang menarik kali ini peserta bukan sahaja dari tempatan malah ada datangnya dari negara matahari terbit iaitu Jepun dan juga Negara Syria..pasti seronok ni..enjoy !


















Jom Join Bengkel & Kelas Masakan / Baking Chef Obie
klik Mmmmmmmmaaazing!

#medetop #medetopcookingoil #medetopmalaysia #mmmmmazing #chefobie #bengkelmasakan #minyakkelapa #vco

Saturday, September 23, 2017

RESEPI DAGING SALAI UDANG MENTEGA MEDETOP

RESEPI DAGING SALAI UDANG MENTEGA MEDETOP



Terima kasih sudi menjengah ke blog kesayangan chef obie ini...
korang yang tercari-cari resepi fushion yang simple dan sedap untuk dinikmati tanpa
membelakangkan menu yang sihat dan cara masak yang sihat..bolehlah mencuba resepi dibawah ini !
Cubalah menggunakan Minyak Kelapa Dara atau VCO Virgin Coconut Oil jenama MEDETOP! 
Boleh didapati di Farmasi-farmasi berdekatan Anda !

Resepinye..






Bahan 


500gm Daging Salai
300gm Udang Sederhana
2 sdb Minyak Kelapa Dara
2 sdb Mentega
4@5 ulas bawang putih cincang
2 tangkai Daun Kari
5 tangkai Cili Padi & Cili api dimayang kasar
1 sdt lada hitam diketuk
1/2 cawan Susu Cair
1/2 cawan Air
gula dan garam sebagai perasa

Cara Penyediaan : 






1.Panaskan minyak kelapa & mentega , tumiskan bawang putih , daun kari dan udang. guna api tinggi sebentar.






2.Masukkan air & susu cair serta daging salai.Bira mereneh, masukkan cili padi & api ,lada hitam serta gula dan garam.Biar seketika. Dan Siap utk dihidang bersama nasi putih..enak dimakan panas-panas 😄😄😄

Abang jamil kata..nak makan lepas solat jumaat...okayla..jawapnye..kite akan panaskan balik lah..Dagai Salai Udang Mentega ni...muaaaaah ..




#dagingsalai #dagingsalaiudangmentega #mentega #medetop #minyakkelapa #minyakkelapamedetop #bengkelmasakan #kelasmmasakanbizz

whatsapp : 0172260719
chefgunawanmalaysia.blogspot.com



RESEPI NASI LEMAK SALMON MEDETOP

TAJUK : NASI LEMAK SALMON MEDETOP

Salam & Selamat berhujung minggu kepada anda semua , terima kasih kerana melayari blog chef obie pagi-pagi ni yang tercari-cari resepi nasi lemak yang mudah , sedap dan dengan cara memasak yang sihat untuk keperluan tubuh badan selain  untuk kelihatan cantik luar dan dalam.Korang memang tak silap langkah jika korang dalam proses perubahan dalam diet pemakanan.Baik tua muda perlukan penjagaan kessihatan tubuh badan dari awal .Mulakanlah sekarang ! 

Chef obie akan kongsikan RESEPI NASI LEMAK SALMON MEDETOP yang mudah , sedap , sihat cantik luar dan dalam ! langkah demi langkah bergambar okay...

Mengapa chef boleh kata dengan menggunakan resepi ini boleh cantikkan luar dan dalam ? Smemstinya dengan penggunaan bahan utama dalam resepi ini MINYAK KELAPA MEDETOP adalah minyak kelapa dara atau lebih dikenali dengan VCO atau Virgin Coconut Oil."

Baiklah chef obie kongsikan info VCO selepas perkongsian RESEPI NASI LEMAK SALMON MEDETOP ini..Selamat Mencuba



Nasi Lemak Salmon Medetop
( 10 orang )

Bahan untuk Nasi 


1 kg Beras ( dicuci bersih )
1 btg Leek / 3 helai daun pandan
1 cawan @ 240ml Sus Rendah lemak 
1/2 cawan Minyak kelapa Medetop
Air secukupnya 
1 sdm garam himalaya @ bukit
1 sdm gula perang

Cara Penyediaan : 






1.Satukan ke semua bahan diatas dlm periuk nasi.



2.Tanak nasi seperti biasa.


Bahan Untuk Sambal Bilis Medetop

150 gm Ikan Bilis 
1/2 cawan Minyak Masak Kelapa Medetop
1 cawan Cili kering kisar ( direbus , buanv biji & cuci bersih )
3 biji bawang besar kisar
3 biji bawang shallot ( kecil ) kisar
1/2 inci halia tua  kisar 
1 ulas bawang putih kisar
1/2 cawan Air Asam Jawa
3 sdm Gula Perang
3 sdm Gula Pasir
1/2 sdm Garam Himalaya @ Bukit
Air secukupnya

Cara Penyediaan 






1.Panaskan minyak kelapa medetop , tumiskan ikan bilis dahulu biar garing seketika masukkan semua bahan kisar, kacau sehingga naik minyak & pastikan menggunakan api yg sederhana.






2.Masukkan air asam jawa , dan air sekiranya perlu.Kemudian perasakn dgn gula perang, gula dan garam himalaya utk maksima rasa sedap dan sihat ! Biar mereneh seketika. Dan siap untuk dihidang bersama nasi lemak medetop.





Bahan Untuk Salmon Grill Medetop


Potongan Ikan Salmon secukupnya
2 sdm Minyak kelapa medetop
1/2 sdm serbuk lada sulah
1/3 sdm lada hitam ketuk
1 sdt garam himalaya @ bukit

Cara Penyediaan





1.Perapkan sebentar 2@3 mnt semua bahan pada ikan salmon.




2.Panaskan pan, panggang ikan salmon dimulai dengan bahagian kulit.guna api panas.


3.Bolak balik kan sisi ikan. Masak dlm masa 3 minit shj.




mmmm....lazatkan..tengok aje dah menyelerakan...korang cuba resepi ini sebagai resepi nasi lemak korang yang sihat !

Dibawah ini chef obie kongsikan info Mengenai VCO


MINYAK KELAPA DARA atau VIRGIN COCONUT OIL VCO

Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang dihasilkan dari buah kelapa ‘organik’ yang segar, (bukan dari kopra) dengan kaedah yang tidak melibatkan penggunaan sebarang bahan kimia, suhu yang tinggi, tidak terhidrogen walaupun sebahagian, tidak juga menggunakansebarang bahan pencair (‘solvent’) untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Diantara ciri-ciri lain Minyak Kelapa Dara ialah, ia mengandungi lauric acid yang tinggi, sekitar 50-57 % , dan capric acid sekitar 6-7 %. Tidak mengandungi trans fatty acid kerana ia tidak melalui proses penghidrogenan walaupun sebahagian, dan masih mengekalkan kandungan anti oksida asliTidak  melalui proses nyah bau dan nyah warna, dan masih mengekalkan bau aroma dan warna yang asli.

Oleh kerana penghasilannya sebagaimana perlakuan di atas, ia mempunyai jangka hayat yang lama (sekurang-kurangnya 2 tahun) berbanding   jangka       hayat minyak biasa yang cuma menjangkau maksimanya 1 tahun.
Sementara bagi minyak kelapa biasa, semua perlakuan di atas dilakukan untuk menghasilkannya.

Sementara ciri-ciri khusus Minyak Kelapa Dara selain dari ciri-ciri di atas ialah , ia dihasilkan dari buah kelapa asli yang tidak diubahsuai secara genetik, diproses tidak melebihi dari 24 jam selepas dipetik, buah kelapa dipetik dari kebun yang tidak menggunakan bahan baja sebatian, dan tidak juga menggunakan sebarang bahan racun serangga.

Secara saintifiknya Minyak Kelapa Dara terdiri dari sekitar 50 % lauric acid dan 6-7 % capric acid. Kedua-duanya adalah tergolong dalam kategori ‘medium chain fatty acid’ yang mempunyai fungsi kebaikan tambahan untuk membentuk  monolaurin dan monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin dan monocaprin adalah monoglycerides yang bersifat   antiviral,   antibakterial
dan antiprotozoal yang digunakan oleh tubuh badan manusia atau haiwan untuk memusnahkan ‘lipid coated’ virus seperti HIV, Herpes, cytomegalovirus,       influenza,

Beberapa   bakteria      pathogen
termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Hasil beberapa kajian juga menunjukkan bahawa  bahawa kedua-duanya juga menunjukkan kesan antimikrobial yang baik. Terbaru telah ditemui akan keupayaan monolaurin membunuh ‘lipid coated DNA dan RNA viruses’ termasuk HIV dan herpes, juga lain-lain mikroorganisma termasuk gram positif bacteria.

Di dalam ‘An Ilsi North America Special Conference’ telah di takrifkan bahawa fatty acid yang terdapat di dalam Minyak Kelapa Dara sebagai ‘Functional Food’ yang membawa maksud bahawa ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Secara mudah dalam makanan terdapat  beberapa komponen yang bila diambil (dimakan/diminum) oleh manusia ia boleh digunakan oleh tubuh samada untuk membina tenaga, membina sistem daya tahan tubuh atau untuk kesihatan, membina sel-sel tubuh, serta beberapa fungsi minor yang lain. Bagi makanan yang  dikelaskan sebagai  ‘functional food’, jumlah bahagian  atau jumlah komponennya yang  boleh digunakan oleh tubuh untuk kesihatan mengatasi atau lebih banyak daripada jumlah komponen untuk tenaga dan lainnya.


Jom Join Bengkel & Kelas Masakan / Baking Chef Obie


#medetop #medetopcookingoil #medetopmalaysia #mmmmmazing #chefobie #bengkelmasakan #minyakkelapa #vco



Saturday, September 2, 2017

BENGKEL MASAKAN PERNIAGAAN SIZZLING DI PUSAT BELIA ANTARABANGSA , CHERAS KL


BENGKEL @ KURSUS  BULAN SEPTEMBER 2017 



Syukur Alhamdulillah , setelah melebihi 5 tahun chef obie menjalankan pelbagai program komuniti , seperti program memasak , membaking bertujuan memperkasakan lagi ilmu masakan perniagaan dalam masyarakat berbilang kaum dan latarbelakang seterusnya dapat membantu mereka menambah pendapatan .


Kini pihak chef obie dan team , mengadakan BENGKEL MASAKAN PERNIAGAAN
POPULAR MASAKINI 3 "S" BERSAMA CHEF OBIE bagi memenuhi permintaan semasa !


Selamat Maju Jaya,



BENGKEL MASAKAN PERNIAGAAN POPULAR MASAKINI 3 "S" BERSAMA CHEF OBIE

LOKASI : I.Y.C Pusat Belia Antarabangsa , Cheras , Kuala Lumpur

YURAN @ FEE :

1. FEE NORMAL RM599
2. FEE PESARA / IBU TUNGGAL / PENJAGA OKU RM499

TARIKH : 30 . 09 . 2017
HARI      : Sabtu
MASA    : 9 pagi hingga 5 petang
HUBUNGI  : 016 9166010 Miss Nesa
Untuk Booking Tempat Anda Dalam Bengkel Ini
( Makan Tengah Hari Disediakan )
Demo & Semi Hand Ons - bergroup



BENGKEL INI ANDA AKAN BELAJAR : 

MASAKAN PANAS SIZZLING






Intipati

Penyediaan Sos Sizzling Power Yang Standard

Penyediaan Sos Lada Hitam Sizzling Yang Standard

Penyediaan Sos Kari Jepun Yang Standard

Penyediaan Ayam / Daging / Kambing / Salmon / Udang / Ketam

Yee Mee / Pan Mee / Nasi Putih Mewangi

Penyediaan Side Salad Yang Menarik Untuk Sizzling 3 "S"

Bavarages Istimewa




Keistimewaan Peserta Bengkel

1.Turut Sama demo dan semi hand ons bergroup

2.Menerima Door gift daripada penaja

3.Nota Bengkel

4.Sijil

5.Peserta juga diberi peluang dalam memasarkan perniagaan mereka dalam website milik penganjur selama 4 bulan berturut-turut tanpa sebarang bayaran.

6.Dan.... Bengkel Enjoy !







HUBUNGI : 016 9166010 Miss Nesa ( whatsapp / call )

#workshop #bengkelmasakan #kelassizzling #sizzling #sizzlingplate #sizzlingplatter #medatop #rootbypchaie









Thursday, August 31, 2017

Salam Aidiladha @ Selamat Hari Raya Haji / Qurban

Salam Aidiladha kepada muslimin dan muslimat sedunia...gitew..

Kepada anda yang melayari blog chef obie...semoga Anda dilindungi dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Kepada yang berjauhan daripada keluarga pada hari raya puasa kelmarin kerana tak dapat bercuti hari raya puasa ..moga-moga hari raya haji ini..turn anda bercuti..kalau cuti diluluskan..ucap terima kasih kepada boss..

Baliklah ke kampung bagi yang masih ada kampung ,
lawati mak abah..layani mereka sebaik baiknya..

Bukan apa...sekadar ingatan..
Dahlah nak bertanya khabar mak abah selalu pun korang malas..liat..konon bz..whatsapp kawan-kawan boleh pulak..bergroup macam-macam..tapi nak whatsapp tanye khabar orang tua pun belum tentu kaaan....apa lagi akalu nak call mereka !

Ihklas chef obie tulis untuk anda yang sejenis dan sebegitu spesisnya anggaplah teguran dan sebagai ingatan yang baik untuk diri anda dan diri chef sendiri...

Semoga terasa...dan semoga ada manfaat dan kebaikan daripada tulisan chef obie yang simple ini...walau tidak lah semesra mana dan tidaklah sepandai mereka yang menulis dalam blog mahupun website acah acah gempak tapi biasa-biasa aje huuu....

Chef pun nak cuba berpantun..untuk anda yang rajin melayari blog chef obie ini..

BERHATI HATI DIJALAN RAYA
BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Yang Buruk itu datangnya daripada diri chef obie sendiri ,Dan yang baik itu datangnya dari Allah swt.


Wassalam...


pix chef Rahim & chef obie





KELAS / KURSUS MASAKAN UNTUK PERNIAGAAN SILA KLIK LINK DIBAWAH INI
KELAS MASAKAN BIZZ & TESTIMONI PELAJAR
whatsapp : 0172260719 chef obie



Resepi Chiffon Chocolate Chef Obie

   Resepi  Chiffon Chocolate Chef Obie ( Ulang Siar Resepi Chef Obie 2014 ) Bahan A 8 kuning telur (gred A) 270 ml air 170 ml minyak jagung ...