Wednesday, August 18, 2021

RESEPI PIE TIE ALA CHICKEN RICE SHOP CHEF OBIE

 RESEPI PIE TIE ALA CHICKEN RICE SHOP CHEF OBIE



























BAHAN KULIT PAI TIE : 

120 gm tepung beras
40 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
Garam secukupnya
2 biji telur 
500 ml air( air sejuk )
Minyak untuk menggoreng


BAHAN INTI :

1 sudu besar minyak & 1/2 sudu besar minyak bijan 
4 ulas bawang merah, di cincang halus
150  gm isi udang, di cincang
100 gm hirisan lobak merah
400 gm hirisan Sengkuang Cina
1 sudu teh kicap cair
Garam, serbuk lada sulah secukupnya


BAHAN SOS :

7 biji cili merah, dibuang biji
3 biji cili api merah
2 ulas bawang putih, di cincang halus
4 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar cuka
100 ml Air masak
Gula, garam secukupnya

Alat : Acuan Pai Tie

CARA PENYEDIAAN :

1.Satukan semua bahan kulit. Tapis ke dalam mangkuk.kemudian masukkan telur , air dan kacau sehingga menjadi adunan yang sebati , blender pun boleh lagi nice.Kemudian di tapis.

2.Panaskan acuan pai tie ,dengan mencelupkan acuan ke dalam minyak yang sedang dipanaskan untuk menggoreng.

3.Kemudan angkat acuan dari minyak, toskan minyaknya sebentar dan celupkan acuan pai tie ke dalam adunan tadi dan goreng hingga keemasan.

4.Bahagian inti: Panaskan minyak, tumiskan bawang merah hingga harum. Masukkan bahan lain perasakan dan kacau sebentar.Jangan masak terlalu lama.akhir sekali selepas matikan api masukkan minyak bijan.  Angkat dan biarkan ia sejuk.

5.Bahagian  sos: Kisar semua bahan hingga sebati.

6.Sila pastikan kulit pai tie yang telah digoreng disejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara sebelum diisikan dengan intinya. ( jangan gunakan inti panas ) biar inti sejuk dahulu baru boleh diisikan. Gais memang sedap di nikmati bila-bila waktu sebenarnya , paling nice cuba layan ketika menikmati nasi ayam , dah macam dalam menu Chicken Rice Shop. Gais sukacita sekiranya follow Chef Obie di media sosial di Facebook mahupun di instagram. Silakan share resepi ini di media sosial anda . Semoga ia bermanfaat kepada sesiapa yang memerlukan resepi ini.


IG : @chef_obie_official












#chefobie #chefobiecrew #mgjconsultancy #foodconsultant #foodstyling #foodstylist #pie #pietie #kelasmasak #kelasmasakanperniagaan #kelasmasakanpopularchefobie

No comments:

Post a Comment

Chef Obie Kelas Western Food 2024

  Chef Obie Kelas Western Food 2024 Assaalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera , Sekiranya Anda Ingin Intipati seperti Tahun - Tahun yg lepa...