Tuesday, October 8, 2019

Resepi Fusion : Western Indian Fried Chicken Chef Obie

Assalammualaikum wbt , Salam Sejahtera

Pasti Ada yg Belum terbiasa dgn hidangan yg satu ini, Chef Obie hari ini berlapang dada untuk berkongsikan resepi dan cara memnyediakan WESTERN INDIAN FRIED CHICKEN 🍗🍗🍗🍗🍗 

*Keistimewaan Rempah Ratus India bervariasi Dengan Gaya Barat . Menghasilkan Hidangan Yang hebat , enak Dan mudah disediakan.Ini juga dinamakan fusion !



Jom Terus ke Resepi..

WESTERN INDIAN FRIED CHICKEN
( Menghasilkan 15 keping )

Bahan Perapan Sebentar

5 Keping Potongan Ayam Chicken Chop ( Bahagian Peha ) dipotong 3 untuk sekeping & telah dicuci bersih
1 biji Telur Saiz C/D
1 sdm Serbuk kunyit
2 sdm Unsulted Butter
1 sdt Garam
Daun Kari Secukupnya 

Cara Penyediaan :

1.Kepingan ayam chicken chop yang telah dipotong 3 , ke dalam mangkuk, pecahkan sebiji telur yang dingin ( dari chiller ) , daun kari secukupnya, unsulted butter ,serbuk kunyit dan garam di gaul mesra .Kemudian Ketepikan perapan ini didalam peti sejuk atau chiller selama 30 minit.



Bahan Tepung Western Indian Fried Chicken

2 cawan Tepung Tepung Gandum
1 sdt Tepung Jagung
3 sdm Cayyene Powder
1 sdt Serbuk Cili
2 sdm Serbuk Chiken Stok
3/4 sdm Garam Vacuum
1 sdm Rempah Kari Ikan
1 sdm Rempah Kari Daging

*1 sdm Biji Sawi
Daun Kari Tua Secukupnya
setangkai Cili Kering digunting

Cara Penyediaan Tepung :

1. Satukan ke semua bahan kering seperti tepung gandum, rempah kari, tepung jagung , garam vacuum , cayyene powder , serbuk cili dalam penapis , Sila ayak semua bahan ini diulang sehingga 3 kali. ( bagi memastikan semua bahan tepung western Indian Fried Chicken ini mesra cantik )

2.Setelah 3 kali tapisan , masukkan biji sawi , cili kering digunting dan daun kari tua , gaul mesra.



Cara Penyediaan Untuk Menggoreng Western Indian Fried Chicken :

1.Kepingan ayam yang telah diperap sebentar dalam chiller dikeluarkan .

2.Panaskan minyak masak secukupnya untuk menggoreng.

3.Apabila minyak telah panas , Sila pastikan adunan tepung ditapis berada berdekatan anda dan juga ayam perapan.


4.Ambil sekeping dahulu ayam , masukkan ke dalam adunan tepung , bolak baikkan.
ditoskan supaya sisa tepung jatuh.


5.Gorengkan dalam minyak panas. Lakukan satu demi satu sehingga selesai.

6.Goreng sehingga warna keemasan dan keperangan serta bau yang wangi mula keluar.Angkat dan toskan minyak .

 

7.Siap untuk dinikmati begiru sahaja mahupun dinikmati bersama nasi mahupun starch yang lain ( mash potato , kentang goreng mahupun pasta )

Semoga perkongsian dalam internet ini dapat membantu dan memberi idea untuk anda yang memerlukannya dalam memvariasikan menu hidangan dirumah.


Food is for eating, and good food is to be enjoyed... I think food is, actually, very beautiful in itself...Sempoi Bak hang !

#chefobie #chefobiecrew #mgjconsultancy #foodconsultantkl #foodconsultant
 

Jangan segan untuk follow chef obie di Facebook
Mahupun Untuk Mengetahui Kelas-kelas Dan kursus Masakan Perniagaan Yang Dikendalikan Oleh Chef Obie & MGJ CONSULTANCY , Di Ampang Kuala Lumpur.

Selamat Maju Jaya...


Jom layan sebentar Chef Obie Yang Poyo ni...eaaa...maaf , jom layan video lagu hindustan..sedutan dari filem Kuch Kuch Hota Hai..iaitu Koi Mil Gaya


No comments:

Post a Comment

Chef Obie Kelas Western Food 2024

  Chef Obie Kelas Western Food 2024 Assaalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera , Sekiranya Anda Ingin Intipati seperti Tahun - Tahun yg lepa...