Tuesday, September 17, 2019

RESEPI RAJA KARI AYAM FAIZA OLEH CHEF OBIE #BMF

Salam , terima kerana melayari blog Chef Obie hari ini ,
Pertama sekali Chef Nak ucap Thanks to Jenama #faiza atas rempah-rempah ratus yang diberi ,
Pasti Akan dicuba #chefobie dlm masakan Lauk Pauk Untuk dinikmati juga dikongsi bersama netizen .

RESEPI RAJA KARI AYAM FAIZA Oleh Chef Obie #bmf
( hidangan 6 orang )

Bahan
1/2 ekor ayam ( potong 6 )
1 paket kecil Rempah Kari Raja Faiza
1 sdb Serbuk Kunyit Faiza
2 inci Halia kisar
1 inci Lengkuas diketuk
1 biji Bawang Merah kisar
2 ulas Bawang Putih kisar
1 biji Bawang Merah dimayang
Rempah sekawan secukupnya
3 biji tomato potong wedges
2 biji Ubi Kentang dipotong
1 keping Asam gelugor
1 cawan Santan segar
2 cawan Air
1/2 cawan yogurt
2 sdb Gula pasir
3/4 ssb Garam
*Perasa option jika anda suka.
Daun Ketumbar secukupnya
1/2 cawan Minyak Masak SAJI

Cara Penyediaan


1.Panaskan Minyak ,masukkan rempah sekawan , Bawang mayang tumis hingga wangi Dan garing , Masukkan ke semua bahan kisar ,Lengkuas diketuk.





2.Apabila pecah minyak ,masuk 1 paket Rempah Raja Kari Faiza ,tumis sebentar sehingga wangi. Masukkan ayam bersama dgn rempah Serbuk Kunyit.Biar 3 minit


3.Masukkan air ,asam gelugor Dan Kentang biar mereneh , giliran Santan segar ,tomato ,gula Dan Garam .
4.Apabila merenah lagi & Ubi Kentang telah empuk ,masukkan yogurt kacau mesra. Matikan api ,taburkan daun Ketumbar Dan sedia utk dihidang.


Selamat Mencuba...

Kepada anda bakal peniaga atau peniaga mahupun usahawan makanan , boleh klik link KURSUS / KELAS MASAKAN PERNIAGAAN POPULAR + TESTIMONI KEJAYAAN PELAJAR





No comments:

Post a Comment

Chef Obie Kelas Western Food 2024

  Chef Obie Kelas Western Food 2024 Assaalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera , Sekiranya Anda Ingin Intipati seperti Tahun - Tahun yg lepa...