Friday, February 15, 2019

Chef Obie 2019 : RESEPI EPOK-EPOK atau KARIPAP CRISPY SEDAP DAN MUDAH



Bile sampai aje di lokasi #oneampangveterinaryclinic tetibe tersenyum sendiri..bukan ape..masuk aje Klinik terasa diri cam #foodpanda delivery..tengok kt cermin..ooo my sweater colour cam tema food panda.. pink & grey..
Boleh aje la..Sempoi 😅🤸

Be good to others.
chef cuba meluangkan masa melawat kucing transit yang sakit...nama kucing ni pewo ! hujung-hujung minggu ni chef ada lah nak berkongsi sesuatu kan..huuuu
Seperti nya chef berkesempatan ingin berkongsi resepi kuih tradisional tempatan, kalau orang selatan panggil kuih ni " EPOK-EPOK atau KUIH BAWANG " kalau di negeri yang lain kite panggil " KUIH KARIPAP" bezanya ada inti sardin , ubi kentang , ui keledek dan sebagainya lah..dibawah ni , chef obie kongsikan kombinasi ubi kentang dan sardin..pasti bikin leleh korang di petang hari...
Jom layan Resepi..
EPOK-EPOK @ KARIPAP CRISPY DAN SEDAP 








Bahan
1.5 kg Ubi Kentang potong dadu ( Goreng asingkan )
500gm Keledek potong dadu ( Goreng asingkan )
PES inti Epok-epok
4 biji Bawang Merah dikisar
1 biji Bawang Merah dimayang
5 biji Shallot @ Bawang kecil dikisar
2 ulas Bawang Putih kisar
1 inci Halia tua kisar
5-7 btg Cili API Merah dihiris
5 sdb Rempah Kari Ikan
1 sdt Serbuk kunyit
1 tin Sardine kecil
2 sdb Udang Kering (rendam seb ntar )
6 sdb gula pasir
1 sdb Garam
(Jika anda ingin menambah lagi perasa dgn menggunakan Serbuk stok ayam atau msg itu terpulang)
3/4 cawan Minyak Masak
Cara Penyediaan :
1.Panaskan Minyak,masukkan Bawang yg dimayang tumis sebentar, kemudian semua bahan kisar,kacau mesra sehingga pecah minyak,giliran rempah Kari Dan Serbuk Kunyit.
2.Kemudian,Cili API ,udang kering dan sardine,kacau hingga mendidih,masukkan gula Dan Garam **jika and ingin tambah lagi perasa itu terpulang.kacau hingga pecah minyak.
3.Masukkan Ubi Kentang & keledek yg tlh digoreng asing tadi.Kacau mesra dgn PES ini.Matikan api,biar sejuk diluar pada suhu bilik sebelum digunakan.

Doh Epok-epok atau Karipap Rangup
Bahan
1 kg Tepung Gandum
2 sdb Marjerin Planta / Pelangi
1/2 cawan Minyak
1 1/2 sdt Garam
1 cwn Air sejuk
Cara Penyediaan
1.Panaskan Minyak+Marjerin.Marjerin sebati Dan cair matikan api, biar 4 minit sebelum digunakan.
2.Satukan ke semua bahan dalam bowl besar,uli & ramas perlahan-lahan sehingga Menjadi doh yg lembut,( tiada lebihan Tepung di permukaan bowl ) wrapingkan dgn cling film,sejukkan Dlm peti sejuk sekurangnya 3 jam sebelum dicanai.
3.Canaikan doh mengikut citarasa anda,kelim doh Dan gunakan inti epok-epok kegemaran anda.
4.Goreng hingga kuning keemasan..

Selamat Mencuba...yea..mudah kan?
kepada korang yang mencari perkhidmatan katering di area Kuala Lumpur boleh aje hubungi pihak chef obie " SKY CHEF CATERING KL " di talian hayat 0172260719







 

 Atau Kursus / Kelas Masakan Perniagaan Popular 2019 : Korang boleh klik link dibawah ini




Follow Facebook : chefobie untold
Instagram : chef_obie_official

No comments:

Post a Comment

Chef Obie Kelas Western Food 2024

  Chef Obie Kelas Western Food 2024 Assaalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera , Sekiranya Anda Ingin Intipati seperti Tahun - Tahun yg lepa...