Thursday, January 17, 2019

RESEPI UNTUK HAKAK-HAKAK & ABAM-ABAM : NASI AYAM THAI CHEF OBIE

RESEPI UNTUK HAKAK-HAKAK & ABAM-ABAM : NASI AYAM THAI CHEF OBIE

Salam Khamis ,

Syukur Alhamdulillah ..chef obie masih diberi kesempatan hidup, berkongsi resepi dan sedikit ilmu yang ada yang dipinjamkan ini.

Semalam tragedi kemalangan melibatkan chef dan crew di highway #akleh , dari ampang menuju klcc ..kenderaan yang chef naiki di rempuh dari belakang dan melanggar kenderaan dihadapan ,kenderaan chef ditengah-tengah..remuk dibelakang dan dihadapan.Penumpang chef tersembam ke hadapan..kecederaan ringan , Alhamdulillah tiada kecederaan yang berat...

Pengajaran kepada chef dan semua...
pesalah utama adalah pemandu di belakang selain pemandu dihadapan chef 
kes bermula..dengan tiba-tiba pemandu di hadapan telah melakukan break emergency pada line jalan lebuhraya ke 3..dalam keadaan laju yea..tetiba berhenti, jadi kenderaan chef juga terpaksa break juga...tapi kenderaan masing-masing agak rapat..

Boleh bayangkan , apabila kenderaan chef berada di tengan diantara kenderaan hadapan dan belakang...kenderaan chef terlanggar yang dihadapan manakala kenderaan dibelakang pula dengan laju merempuh belakang kenderaan chef.

Tergamam..seketika, chef dan asistant keluar kenderaan, brother dihadapan juga keluar dengan pemandu dibelakang juga keluar...

Pengakuan pemandu dibelakang sedang bermain whatsapp , sedang pegang hp..alasan die , saya sedang berwhatsapp dgn boss saya... pleaselah..jangan lah bermain hp ketika anda sedang memandu, pemandu ini telah disaman..selain kesalahan melanggar merbayakan nyawa pemandu lain. manakala pemandu dihadapanpula  break emergency.

Alasan kerana ada pemandu dihapannya juga tiba-tiba melakukan break emergency ketika sedang memandu laju..mengapa nak break keika memnadu laju..melainkan lalai bermain hp juga..tapi pemandu itu telah  larikan diri...tak mengapa..setiap kesilapan akan ada pengajaran untuk pembetulan kesilapan dalam hidup.....Allah sahaja yang membalas...its ok..terima dan redha,yg penting semua selamat yg berada dalam kenderaan .

Jom berbalik kepada matlamat utama, perkongsian resepi sempoi dan sedap daripada chef obie!
Sebelum tu..nak ucap terima kasih kepada asisst chef obie hari ini iaitu saudara Faris , yang telah menyiapkan bahan mentah unuk menu hari ini.



Resepi untuk hakak2 & abam2 : NASI AYAM THAI CHEF OBIE


Bahan Air Rebusan & Sup Ayam Thai

1 ekor Ayam ( potong 12,8,6 )
11/2 liter Air
3 btg akar Daun Ketumbar ( cuci bersih )
2 inci Halia Tua ( Hiris )
1 sdb Garam ( korang boleh kurangkan jika x suke garam lebih )
3 sdb Stok Ayam


Bahan Nasi


600gm @ 3/4 mangkuk Beras ,Chef guna Beras faezah herba poni.korang boleh guna Beras Biasa atau Beras wangi thai.
1 suku liter Air Rebusan
Ayam
2 sdb Minyak Kelapa #medetopmalaysia

Bahan Sos Cili Nasi Ayam Thai


5 btg Cili Api Merah ( dihiris )
5 btg Cili Api Hijau ( dihiris )
2 sdb Sos Ikan Thai
1 sdt Kicap manis
4 sdb Sos Cili Thai
1/2 biji perahan jus Limau nipis
Sedikit hirisan daun ketumbar
1 sdt gula pasir

Cara Penyediaan



1.Didihkan air ,masukkan akar ketumbar ,halia ,potongan ayam , Garam Dan stok ayam.Biar mendidih.


2.Setelah mendidih,keluarkan ayam.


3.Masukkan air rebusan ke dalam Beras yang telah dicuci dlm rice cooker.


4.susun ayam atas Beras, Dan masukkan Minyak kelapa medetop.Kemudian set Masak seperti Nasi Putih.








5.Siapkan sos Nasi ayam Thai.
Satukan ke semua bahan So Cili Nasi ayam Thai.Kacau mesra.dan siap utk digunakan.


6.Baki air rebusan dijadikan sup utk Nasi ayam,taburkan daun ketumbar.boleh di tambah air lagi.



7.Apabila Nasi ayam Thai telah Masak di rice cooker.Susun dipinggan Dan hidangkan.
Selamat Mencuba..


dari kiri Chef Obie , Asist Faris & Chef Hamzah


Jika anda juga kaki makan atau kaki masak atau bakal peniaga makanan...bolehlah ke link KELAS MASAKAN PERNIAGAAN POPULAR 2019+ Testimoni kejayaan pelajar
http://chefgunawanmalaysia.blogspot.com/p/kelas-persendiria…

atau hubungi pihak chef Obie ditalian 0172260719 chef Obie
@ Ampang, Kuala Lumpur

1 comment:

  1. HI UNTUK SEMUA PARA PECINTA POKER ONLINE...
    INGIN BERMAIN DI WEB POKER ONLINE YANG TIDAK PAKAI NIPU-NIPU ???
    PERMAINAN PLAYER VS PLAYER 100% TANPA SETTINGGAN??
    S1288POKER tempatnya !!!

    Kini saatnya Anda bergabung bersama kami di S1288POKER. Web Poker Online Teraman dan Terpercaya. Permainan murni 100% Pemain VS Pemain tanpa Bot dan tanpa campur tangan admin yang ikut bermain karena kami memberikan BUKTI bukan JANJI.
    (PIN BBM : 7AC8D76B)

    ReplyDelete

Chef Obie Kelas Western Food 2024

  Chef Obie Kelas Western Food 2024 Assaalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera , Sekiranya Anda Ingin Intipati seperti Tahun - Tahun yg lepa...