Sunday, September 30, 2018

RESEPI KUAH ROJAK PASEMBOR SEDAP DAN POPULAR CHEF OBIE

Salam Hujung minggu.. bila RESEPI KUAH ROJAK PASEMBOR kembali menjadi permintaan... Chef Obie kongsikan sekali lagi..resepi beberapa tahun yg lepas...


Bahannya:

500gm keledek kuning *
150 gm udang *
130 gm kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak masak*
15 tangkai cili kering *
3 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*+ 4 biji bawang kecil*
2 sudu besar asam jawa yang tlh diperah bersama 1/2 air
1/2 cawan gula
sedikit garam
7 keping biskut marie direndam dgn air kosong
4 cawan Air

Cara Membuat :
1. Goreng cili kering,bawang besar dan bawang putih sehingga layu sahaja dengan sedikit minyak.Setelah layu angkat.ketepikan.

2. Rebus keledek.Bila dah empuk kisar bahan bertanda* keledek,udang,bawang putih,bawang besar,cili kering dan kacang tanah sehingga hancur dan lumat

3. Masukkan dalam periuk bersama 4 cawan air dan biar sehingga mendidih.( boleh tambah mengikut tahap kecairan yang dikehendaki )

4. Setelah mendidih tambahkan air asam jawa juga gula dan garam.Kacau rata sehingga kedasar periuk.

5. Setelah seimbang kesemua perasakan dengan biskut marie yang telah direndam .Masak lagi
sehingga 35~45 minit.Sentiasa kacau kuahnya kedasar periuk.Jika anda menggunakan keledek yangberwarna putih dan kuahnya agak pucat bole letakkan sedikit pewarna oren kedalam kuah dan kacau rata

6. Bila semua rasa kuah rojak pasembor telah seimbang, bolelah diangkat.

Boleh juga klik link diberi akan terus ke resepi melalui FB ROJAK PASEMBOR CHEF OBIE

No comments:

Post a Comment

Chef Obie Kelas Western Food 2024

  Chef Obie Kelas Western Food 2024 Assaalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera , Sekiranya Anda Ingin Intipati seperti Tahun - Tahun yg lepa...