Wednesday, June 12, 2024

RESEPI DODOL TRADISIONAL 100KG CHEF OBIE BERI KREDIT MOHD KHAIRI

 

✅RESEPI DODOL TRADISIONAL 100KG
Bahan
50 kilogram gula melaka
27.5 kilogram tepung pulut
50 kilogram santan kelapa segar
4 genggam garam
4 gayung air
Yang di atas ni adalah kandungan bahan dalam
sebuah kawah dodol yang boleh menghasilkan
sebanyak 100 kg dodol masak.
Nisbah dodol| 1 kg tepung pulut : 2 kg santan kelapa : 2 kg gula melaka
Senarai bahan yang di atas boleh menghasikan lebih 100 kilogram (1 kawah).



Cara-cara nak buat dodol
1) Tuangkan air sebanyak 4 gayung ke dalam kawah beserta dengan gula melaka yang 50 kilogram tadi. Biarkan gula tadi mencair dan pekat.
2) Sambil menunggu gula tadi mencair dan pekat, bancuhkan tepung pulut beserta dengan santan kelapa.
3) Setelah gula tadi pekat, masukkan bancuhan tersebut dan kacau sehingga adunan dodol tadi menjadi semakin berat.
4) Tunggu sampai dodol masak (ikut citarasa sendiri) dan sedia untuk dibungkus.
Gula melaka yang bapak aku guna sebenarnya bukan gula melaka yang betul-betul dari Melaka tapi dripada Sungai Balang, Muar. Gula tu diperbuat dari gula putih kalau tak silap dan melalui beberapa proses sebelum menjadi gula melaka katanya
**Jam yang pertama selepas bancuhan tepung tadi dimasukkan ke dalam kawah yang mengandungi gula melaka, kita kena kacau tanpa henti sebab dalam 1 jam yang pertama tu potensi dodol untuk hangus/hangit adalah sangat tinggi.
**Lepas 1 jam tu, kau boleh la tidur-tidur ayam,atau buat aktiviti lain.Api kena pastikan tidak menyala.
**Pilihan kayu yang digunakan adalah daripada kayu getah dan rambutan.
**Dah sejuk, barulah dodol ini boleh dibungkus dalam bungkusan plastik sahaja tanpa sebarang trademark.

Resepi milik saudara Mohd Khairi telah dikongsikan juga dlm blog/web milik chef sejak thn 2015 .Berterima kasihlah kpd Saudara Mohd Khairi beliau juga baik hati berkongsikan ilmu buat dodol dari bapanya utk tatapan umum.
Hola-hola
👇
KEPADA ANDA YG MINAT SANGAT NAK BUKA KEDAI BAHAN KEK & BAKERI SENDIRI ❤
Nak Buka Kedai Bahan Kek & Bakeri Bukan Main Rambo Aje Nak Buka , Tak Sesenang Buka Akaun FB, Ig Tik Tok Or Tweetter ,Nak Buka Perlu Ada Ilmu Asas Dahulu ✅
Terima Kasih kepada pemilik baru file kit & Pendrive ASAS MEMBUKA PERNIAGAAN PEMBEKAL BAHAN KEK & BAKERI 2023
👇
👆
Tuan Puan boleh klik link utk info berkait file kit & Pendrive CARA BUKA KEDAI BAHAN KEK & BAKERI 2024 BERTESTIMONI SEJAK 2013




Boleh terus hubungi pihak Chef Obie
FILE KIT & PENDRIVE ASAS MEMBUKA PERNIAGAAN PEMBEKAL BAHAN KEK & BAKERI
http://www.wasap.my/60172260719 Chef Obie ( Pengasas )


No comments:

Post a Comment

Mengapa Bidang Masakan Perlu Menjadi Pilihan Pelajar ? Chef Obie

  Mengapa Bidang Masakan Perlu Menjadi Pilihan Pelajar ?  Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera ,Terima Kasih kerana melawati blog Chef O...