Sunday, June 9, 2024

Chef Obie 2024/25

 


Assalamualaikum wbt Kesayangan Semua 

❤️
Antara Main Utama "Service" yg pihak Chef Obie / MGJ Consultancy tawarkan Sejak 2012 hingga Kini

✅Kelas Masakan Perniagaan Baking Dan Komersial Chef Obie 2024 - Lebih 100 Pilihan Pakej

✅Kursus Bakal Pesara 2024/25

✅File Kit Dan Pendrive ASAS MEMBUKA PERNIAGAAN PEMBEKAL BAHAN KEK DAN BAKERI 2024 - Sejak 2013 hingga kini

✅F&B Consultation

✅Conduct pelbagai bengkel dan program yang berkaitan F&B ( Swasta & Kerajaan )

Dengan Mewujudkan MGJ CONSULTANCY Kuala Lumpur 10 Tahun lalu hingga kini , Alhamdulillah dengan rasa rendah diri chef obie sebagai Peneraju @ Founder telah melatih dan membentuk pelbagai golongan lapisan masyarakat , bangsa dan usia bermula 9 tahun hingga 77 tahun juga hadir dalam memperkasakan diri dengan ilmu masakan dan baking.
Para pelajar chef obie juga datang dari Seluruh negeri Di Malaysia baik dari Semenanjung , Sabah , Sarawak malah ada juga daripada luar negara seperti Amerika Syarikat ( USA ) , Arab Saudi ,Syria, Jepun , Brunei Darus Salam , Hong Kong , Pakistan , Indonesia Dan juga Maldive.
Perkhidmatan chef obie dalam mengajar juga diperlukan dalam sektor pendidikan di Universiti Awam mahupun swasta Tempatan. Terima Kasih atas penghargaan dan kepercayaan .
Kerjasama yang baik dengan pihak Korporat , Kementerian dan Badan-badan kerajaan , NGO , Badan kebajikan , Persatuan mahupun Perseorangan.
Pihak Chef Obie & MGJ CONSULTANCY juga aktif melahirkan usahawan Pembekal Bahan Bakeri Semenjak 2013/2014 hingga kini. Kejayaan FILE KIT DAN PENDRIVE ASAS MEMBUKA PEMBEKAL BAHAN KEK DAN BAKERI membantu ramai pengusaha kedai bahan bakeri seluruh Malaysia , Termasuk Di sabah dan Sarawak .

Selain terus berkongsi kemahiran pengalaman dan memperbaiki isu daripada masalah usahawan-usahawan & juga peniaga berasaskan makanan dalam perniagaan mereka melalui perkhidmatan perundingan F&B Chef Obie .
Pihak - pihak media massa dan media eletronik juga memainkan peranan memperkenalkan chef obie kepada umum sejak tahun 2009 sehingga kini , baik pihak surat khabar , majalah-majalah tempatan , online magazine , radio mahupun pihak stesen tv tempatan . Chef Obie juga sering dijemput sebagai juri pertandingan masakan oleh pelbagai pihak .

No comments:

Post a Comment

Mengapa Bidang Masakan Perlu Menjadi Pilihan Pelajar ? Chef Obie

  Mengapa Bidang Masakan Perlu Menjadi Pilihan Pelajar ?  Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera ,Terima Kasih kerana melawati blog Chef O...