Wednesday, March 4, 2020

DIY Resepi Satay Ayam Sedap Dan Popular Chef Obie

DIY Resepi Satay Ayam Sedap Dan Popular Chef Obie 


Assalammualaikum dan Salam sejahtera netizen.
Syukur Alhamdulillah kite masih diberi peluang menikmati hidup yang diberi percuma ini.
Dalam sedar sekejap sahaja tahun demi tahun berlalu , sekarang ni dah bulan Mac tahun 2020 , kite masih terus berusaha demi usaha untuk kebaikan diri dan keluarga , berusaha menikmati keberkatan rezeki yang diusahakan , InshaAllah kemanisan sentiasa di hadapan dan tidak pernah salah alamat. Cepat atau lambat sahaja , semua itu Rahsia Allah. Bersangka baiksentiasa.

Pagi-pagi buta khamis , Chef Obie sukacita ingin nberkongsi kembali " RESEPI SATAY AYAM " yang lepas , Alhamdulillah pelawat pencari resepi satay mencecah 65 , 660 dalam blog chef obie , tidak termasuk 2 blog milik personal Chef Obie yang lain. Terima Kasih Kepada Anda netizen yang telah berkongsi resepi ini dan memberi kredit kembali . Semoga Bermanfaat untuk semua , Sharing Is Caring. Usah risau mahupun ada rasa malas dan sedikit iri hati untuk berkongsi ilmu chef obie ini , kongsikanlah semoga ada sedikit bahagian yang baik menanti kite di sana. 



Chef Obie kongsikan satu resepi yg bagus tidak mengapa bukan satu kesalahan , Chef Obie tidak risau akan ada ramai yang akan turut pandai membuatnya, Chef lagi seronok dan suka kerana ada yang menggunakan resepi daripada chef untuk kegunaan peribadi.Ia sentimental value untuk chef. Yang pasti di belakang chef masih banyak lagi ilmu-ilmu masakan dan resepi-resepi yang bagus dan terbaik disimpan untuk dipraktikkan dalam industri profesional mahupun pada umum ,Tiada rasa rugi apa-apa yang pasti kepuasan daripada sedikit perkongsian itu.  Allahu akbar .



Bahan



1.5 kg Daging Ayam beserta kulit ( dipotong dadu )

2 sudu besar Biji Ketumbar ( disangai dan dikisar )

1 sudu besar Jintan Manis ( disangai dan dikisar )
5 btg  Serai ( dipotong halus dan dikisar )
2 sudu besar Serbuk Kunyit
7 shallot ( dikisar )
500gm Gula
½ cawan Minyak Masak
Lidi Satay secukupnya ( perlu direndam dalam air sebelum dicucuk pada daging ayam )



Cara Penyediaan :

1.Daging ayam beserta kulit ayam yang telah dipotong dadu diletak dalam penapis biar seketika.

2.Kisar sekali bahan seperti biji ketumbar , jintan manis , serai dan bawang merah sehingga halus.

3.Marinate ayam yang telah dipotong dadu dengan bahan yang telah dikisar, masukkan gula , serbuk kunyit dan akhir sekali minyak masak, pastikkan daging ayam dimarinate sekata. Biar 30 minit dalam peti sejuk.

4.Cucuk daging ayam yang telah dimarinate ke lidi satay, anggaran 3-5 potongan dadu ayam bercampur kulit ayam dalam sebatang lidi satay.Cucuk sehingga selesai.Siap untuk dibakar. Sebaiknya dengan kayu arang@charcoal adalah pembakaran satay yang terbaik.

5.Sediakan minyak dan serai untuk disapu ke atas satay apabila dibakar, supaya aroma satay akan lebih wangi dan menyelerakan.

6.Jika korang nak bakar satay lambat lagi, boleh lah korang packingkan satay dalam plastic 20 batang dalam 1 plastik dan simpan dalam freezer, bila hendak digunakan baru lah defrostkan .Selamat Mencuba!

Satay ayam sedap dimakan dengan kuah kacang marbeles dan sambal garing, beserta potongan bawang merah , timun dan nasi impit atau ketupat nasi .

Boleh gunakan resepi ini untuk birthday party , tahlil kecil-kecilan ,berBBQ , berpicnic dan sebagainya lagi.

Info Chef – Sekiranya korang Serious inginkan resepi yang sesuai untuk berniaga satay , resepi yangtelah di standardize , penyimpanan dan penyediaan yang betul sebaiknya booking KELAS MASAKAN PERNIAGAAN DAN KOMERSIL POPULAR DAN BERTESTIMONI . " SATAY DAN SATAY FROZEN "

Malah telah ramai pelajar-pelajar kelas satay ini telah berjaya dengan perniagaan satay masing-masing, seperti RESTOREN RONEY SATAY ada beberapa cawangan antaranya di Bukit Sentosa dan Klang , SATAY MAHBOOB , SATAY MUADZAM , SATAY daripada Rachel Reene Hor RESTORAN SATAY Di Negara Hong Kong , SATAY WAK JENI ANTARA GAPI , Satay D'Kxjxng dan banyak lagi.

Resepi satay di atas ini dah lame chef obie gunakan..malah menjadi kewajipan satay ayam ini dibuat untuk setiap kali party atas kapal..kirenye resepi satay ni orang eropah , middle east, far east dapat r merase juge Sweet memory…MT BUNGA ANGGERIK , Chef Obie berlesen F.G iaitu Foreign Going memang seluruh dunia boleh pergi ketika itu.


Pelajar-pelajar Chef Obie berbilang kaum dan Universal :

Satay Ayam di nikmati bersama kuah kacaang yang enak , sambal garing serta kombinasi aroma satay yang ketika dibakar benar-benar membuka luas selera sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama.






Satay Ayam menjadi pilihan ramai , disini Chef Obie kongsikan beberapa gambar pelajar yang mengikuti KELAS SATAY DAN SATAY FROZEN. 

KELAS MEMBUAT SATAY DAN SATAY FROZEN
YURAN /FEE : RM2200 
Pesara / Ibu Tunggal / Penjaga memiliki Anak OKU : RM1500
Intipati

-Ibu Sambal Satay
-Ibu Kuah Kacang Marbeles
-Ayam
-Daging Lembu
-Satay Tulang
-Asas Penggunaan Bahan Satay Terbaik & Sedap 
Penyediaan Kuah kacang marvoulles ,sambal garing dan 
nasi impit
Perapan yang betul
Cara Memotong daging dan ayam dengan betul supaya juicy walau dibakar garing
Cara Mencucuk satay
Cara Membakar satay dengan betul & Wangi
Kos Dan Cadangan Harga Jualan
Extra - Satay Tulang Ala Satay Jelebu



Tenaga Pengajar Profesional : Chef Obie ( Chef Profesional  )

( Berpengalaman menghidangkan menu-menu pelbagai jenis masakan , pastry & kek untuk King Fadh Arab Saudi & Sultan Brunei , Agong juga VIP & VVIP Malaysia yang lain )



Lokasi : Merdeka Villa ,
Jalan Merdeka , Ampang

Landmark : Spectrum Mall
Berdekatan - LRT Cahaya , LRT Ampang ( 10-15 minit dari KLCC )

Tarikh Kelas :
Pelajar Boleh memilih tarikh dan hari untuk kelas diadakan
Di Antara Isnin hingga Khamis
Sabtu atau Ahad
( Jumaat Sahaja Kelas Tidak Diadakan )


Masa : Setiap jenis kelas akan bermula pada pukul 9 pagi

Kelas : One day Course @ Kelas Sehari & Fully Hands On ( Sepenuhnya pelajar akan membuat sendiri memasak secara praktikal atas seliaan dan tunjuk ajar daripada chef profesional )

Keperluan : Pelajar hanya perlu membawa alat tulis dan apron sahaja

Pelajar akan menerima 1 x Sijil ( no.siri )

Pelajar Wajib  Membuat Pembayaran DEPOSIT 70% daripada Jumlah Penuh Yuran
ke salah satu akaun pilihan 

i- CIMB 7619121286

ii- MAYBANK 151409098193

iii- BSN 14005-41-00008021-7

atas nama 
Muhamad Gunawan Jamil

ATAU

Ke Akaun Syarikat MGJ CONSULTANCY

Bank Islam No akaun 12122010028739


Kemudian
Bukti Pembayaran Perlu Disimpan


p/s Anda wajib hubungi pihak chef obie atau wakil MGJ CONSULTANCY
di bawah ini sama ada melalui whatsapp atau call

Baki Yuran 30% Perlu diselesaikan Pada Hari kelas diadakan




Antara Testimoni-testimoni pelajar kelas masakan perniagaan popular chef obie



FOODJAM
Bukit Rahman Putra
Sungai Buloh, Selangor

SAFHYD STEAK HOUSE
Jalan kubur tanah merah,berdekatan masjid ismail petra , Kelantan

SAFHYD STEAK HOUSE
No 48 , Jalan Nova u/5 ,
Subang Bestari 
Shah Alam

PAK MAON KITCHEN , Yan Kedah Darul Aman

MANGROOVE CAFE WESTERN FAMILY
370 , Jalan Tai Shin Jar
Kuching , Sarawak

RESTAURAN RONEY
Pusat Perniagaan Adnium
Bandar Bukit Beruntung , Bukit Sentosa & Klang

MAKAN SHACK
2186,G floor, Jln Bukit Minyak

Kawasan Perniagaan Asas Murni
Bukit Mertajam, Seberang Prai

SNOW BALL DANCE
Chef Pak Di, Melaka 

DESARU VIBE LOUNGE
No 19,Jalan Dato Jaafar 24/1 Taman Mutiara Desaru Bandar Penawar, Johor

MEEN PITSTOP 

Ulu Pulai, Gelang Patah , Johor ( Berdekatan Legoland Malaysia )
TAT NASI AYAM 
Desaru Bandar Penawar, Johor


DAPUR AISHAH
Wisma Central , Kuala Lumpur

THE GRINDER
Kajang, Selangor ( kiosk mengikut events )

FISH TAKE AWAY muhammadrauffnc
Tasek kenyir, Terengganu

NEVER BACK DOWN
Kedah Darul Aman

STEAKHOUSE
Kelantan

STEAKHOUSE WESTERN 
Penang

WESTERN BROTHERS
Johor

RESTORAN KUNING KUNYIT
Damansara Height , Kuala Lumpur

MALAYSIA CATERER
Texas, United State Of America

HOR RESTAURANT
Hong Kong , Republik Of China

DEE HOUSE RESTAURANT
Taman Bukit Rambai , Melaka

MERCIK CHAR KUEY TEOW
Parit Raja, Batu Pahat, Johor

BEST CHAR KUEY TEOW
Petaling Jaya , Selangor

CHAR KUEY TEOW
Kg baru, Kuala Lumpur

DAPUR LAILII
Kajang, Selangor

SATAY xxxxxx
Kajang, Selangor

SATAY MUADZAM
Pahang Darul makmur

CAKOI
Ipoh, Perak

Dan Banyak lagi testimoni-testimoni pelajar yang telah berjaya membuka perniagaan western food , juga katering , restauran milik sendiri di seluruh Malaysia , Sabah & Sarawak.



No comments:

Post a Comment

Chef Obie Set Up Central Kitchen

  Chef Obie Set Up Central Kitchen  Assalamualaikum wbt Kesayangan semua, Tetaplah bersemangat Dan bahagia cara yg paling sederhana    Chef ...