Wednesday, April 8, 2020

#StayAtHome : RESEPI APAM NASI BELEN SEMALAM CHEF OBIE ( Sesuai untuk dinikmati bersama FAMILY DI WAKTU PKP )

#StayAtHome : RESEPI APAM NASI BELEN SEMALAM CHEF OBIE 
( Sesuai untuk dinikmati bersama FAMILY DI WAKTU PKP ) 
#StayAtHome protect your community agains COVID 19

Syukur Alhamdulillah , pagi ini Chef Obie sukacita ingin kongsikan satu resepi yang mudah dan sedap , baik yang muda mahupun yang vateren InshaAllah suka.

Akak & Abam-abam pasti ada lebihan nasi putih semalam korang mungkin tidak ingin olah kepada nasi goreng ke semuanya , so bawa lari 1 cawan nasi putih dah memadai simpan dalam peti sejuk untuk membuat " APAM NASI BELEN SEMALAM CHEF OBIE " ni . Mengapa yea Chef Panggil Apam Nasi macam tu ? Sebabnya Chef Obie ingin ajar anda semua untuk berkreativiti dalam merencana menu tanpa melakukan pembaziran, apatah lagi membuang lebihan nasi putih semalam . 

Kalau yang ada anak ramai tu silalah cuba selitkan menu ini. pasti mengenyangkan InshaAllah. yang pasti resepi ini boleh digandakan ikut suka anda la...selain bahan untuk penyediaan juga mudah.



Bahan Utama

1 cawan Nasi Putih belen semalam ( baki nasi putih semalam )
1 cawan Air Bersih 
1 cawan Tepung Beras
1 cawan Tepung gandum
1 paket Yeast Mauripan ( kalau tak ade guna soda bicarbonate 1 1/2 sdt )
1 cawan gula
1 sdm Bes Minuman Berperisa Ros Brand YAKIN
1 sdm Bes Minuman Berperisa Jagung Brand YAKIN


Cara Penyediaan :

1. Masukkan nasi , gula dan air ke dalam blender , kisar hingga larut bersama.



2. Masukkan pula tepung beras , tepung gandum bersama yeast ke dalam blender .


3. Adunan apam yang telah diblender , dibahagi kepada 3 bahagian , campurkan 1 bahagian 1 sdb bes minuman berperisa ros atau sirap , 1 bahagian 1 sdb bes minuman berperisa jagung dan satu bahagian tidak perlu campur apa-apa . Rehatkan sebentar dalam 10-15 minit . Chef suka gunakan jug sukatan comel untuk memudahkan menuang adunan kecil ke dalam acuan. 



4.Tuangkan adunan mengikut kreativiti atau senang korang , untuk adunan apam nasi ini korang boleh tuang sehingga paras bibir cawan acuan.( chef guna acuan kuih lompang ) Lakukan sehingga selesai . Pastikan pengukus telah betul-betul mendidih kepanasan. ( chef guna pengukus tradisional ) . Sila kukus sehingga 15 minit.


5. Keluarkan dari pengukus , biar sejuk sebentar sebelum keluarkan apam nasi belen ini daripada acuan lompang.



  6. Selesai mudahkan , korang boleh cuba menu ini waktu petang mahupun bile-bile korang datang rajin yang melampau ! Boleh lah on..selain resepi dan cara buat pun mudah . Korang jangan lupa FOLLOW PAGE : BAZAAR CHEF OBIE untuk tidak terlepas dengan informasi-informasi menarik termasuklah pelbagai resepi dan hasil seni Chef Obie.

Kepada yang Tinggal Area Ampang , Kuala Lumpur , Damansara , Petaling Jaya Dan Bangi Korang boleh alert untuk tempahan Hidangan " MENU HOMECOOK " Berbuka Puasa . kami amat prihatin dalam keadaan PKP . Perkhidmatan delivery tersedia ada.

Pihak Chef Obie & Team Aktif Menerima Tempahan Menu Berbuka Sepanjang Ramadhan . Dengan Pelbagai Menu Termasuk Set Hidangan Dulang. Untuk Info Selanjutnya Boleh Hubungi :








  Area Ampang , Kuala Lumpur , Damansara , Petaling Jaya Dan Bangi sahaja Pihak chef Obie & Team Cover . Jangan segan-segan contact kami. Okay layan.. Sabyan dulu




Tuesday, April 7, 2020

Tempahan " MENU HOMECOOK RAMADHAN " Delivery Ampang ,KL , Damansara ,PJ , Bangi

Assalammualaikum , Pihak kami Ada menyediakan

" MENU HOMECOOK RAMADHAN "


Minimum order  : 2 pax
Free delivery : minimum 8 pax

Ampang ,KL , Damansara ,PJ , Bangi
Start Order : 13/4/2020 hingga 24/4/2020
Available from : 27/4/2020 hingga 10/5/2020

Delivery Time :
330 pm - 7 pm
🍛🍲🥘🥗
Setiap Hari Menu Berbeza
Set Dulang Juga Ada.


Hubungi :



Terima Kasih


#StayAtHome : RESEPI KEK BATIK CHEF OBIE ( Sesuai untuk dinikmati bersama FAMILY DI WAKTU PKP )

#StayAtHome : RESEPI KEK BATIK CHEF OBIE 

( Sesuai untuk dinikmati bersama FAMILY DI WAKTU PKP ) 















#StayAtHome protect your community agains COVID 19

Syukur Alhamdulillah , pagi ini Chef Obie sukacita ingin kongsikan satu resepi yang mudah dan sedap , baik yang muda mahupun yang vateren InshaAllah suka.

Sila follow resepi betul-betul untuk dapatkan hasil yang cun dan mengikut selera.





 


Bahan

11/2 cawan Milo
11/2 cawan Ovaltine
2 sdb malteser
1 tin susu pekat a.k.a condensed milk
1 buku mentega
1 paket biskut Marie ( korang boleh kurang Kan atau lebih ) kalau suke yg lembut boleh rendam sebentar dgn susu uht sebelum susun dlm loyang.

Cara Penyediaan :



1.Panaskan butter, masukkan susu pekat kacau mesra .


2.Masukkan Milo , Ovaltine & malteser, Masak hingga memekat Dan bubbling.
3.Korang boleh terus masukkan biskut Marie dlm adunan yg dimasak ni.Cume chef x suke Cara begitu, chef sukan kelihatan disusun..batik yg tersusun .Korang boleh celup biskut marie ni dengan air suam atau susu suam jika korang suke kek batik biskut marie yang lembut , kalau tak suke yang lembut suke rangup mcm biskut marie beli tu , boleh abaikan celup biskut marie dengan air atau susu.
4.Adunan yg telah masak ( memekat Dan bubbling anda wajib matikan api ).




5.Chef susun Kan biskut Marie dlm loyang 7 inci. Perimgatan sekali lagi , korang kalau suke yg lembut boleh celup biskut Marie dgn susu uht atau air kemudian baru disusun Dan dilapis dgn adunan coklat yg telah. Susun sehingga adunan selesai atau ikut suke hati korang la .
Selamat Mencuba...



Jika anda juga kaki makan atau kaki masak atau bakal peniaga makanan...bolehlah ke link KELAS MASAKAN PERNIAGAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTestimoni kejayaan pelajar Sejak Tahun 2012 hingga kini
http://chefgunawanmalaysia.blogspot.com/p/kelas-persendiria…





TEMPAHAN LUKISAN POTRAIT 

Kepada yang menyukai hasil lukisan tangan potrait dan kreativiti pengunaan watercolour eksklusif boleh hubungi Pihak Chef Obie.Lukisan dilukis oleh Chef Obie Sendiri. 

Hubungi MGJ CONSULTANCY









Bangkit Berniaga Dengan Kos Rendah

  Bangkit Berniaga Dengan Kos Rendah Asalammualaikum wbt, Bagi mereka yang baru diberhentikan kerja atau melalui skim VSS, salah satu jalan ...