Monday, April 6, 2020

#StayAtHome : RESEPI NASI AYAM THAI CHEF OBIE ( Sesuai untuk dinikmati bersama FAMILY DI WAKTU PKP )

#StayAtHome : RESEPI NASI AYAM THAI CHEF OBIE 

( Sesuai untuk dinikmati bersama FAMILY DI WAKTU PKP ) 



Assalammualaikum wbt semua, 

#StayAtHome protect your community agains COVID 19


Syukur Alhamdulillah , kite masih akur dan berjaya mengawal diri daripada keluar rumah tanpa bersebab selan berjaya untuk tidak berkumpul , bersesak tanpa jarak yang sesuai.
Jom berbalik kepada matlamat utama, perkongsian resepi sempoi dan sedap daripada chef obie!



Bahan Air Rebusan & Sup Ayam Thai

1 ekor Ayam ( potong 12,8,6 )
11/2 liter Air
3 btg akar Daun Ketumbar ( cuci bersih )
2 inci Halia Tua ( Hiris )
1 sdb Garam ( korang boleh kurangkan jika x suke garam lebih )
3 sdb Stok Ayam

Bahan Nasi


600gm @ 3/4 mangkuk Beras ,Chef guna Beras faezah herba poni.korang boleh guna Beras Biasa atau Beras wangi thai.
1 suku liter Air Rebusan
Ayam
2 sdb Minyak Kelapa #medetopmalaysia


Bahan Sos Cili Nasi Ayam Thai






5 btg Cili Api Merah ( dihiris )
5 btg Cili Api Hijau ( dihiris )
2 sdb Sos Ikan Thai
1 sdt Kicap manis
4 sdb Sos Cili Thai
1/2 biji perahan jus Limau nipis
Sedikit hirisan daun ketumbar
1 sdt gula pasir

Cara Penyediaan



1.Didihkan air ,masukkan akar ketumbar ,halia ,potongan ayam , Garam Dan stok ayam.Biar mendidih.


2.Setelah mendidih,keluarkan ayam.


3.Masukkan air rebusan ke dalam Beras yang telah dicuci dlm rice cooker.


4.susun ayam atas Beras, Dan masukkan Minyak kelapa medetop.Kemudian set Masak seperti Nasi Putih.








5.Siapkan sos Nasi ayam Thai.
Satukan ke semua bahan So Cili Nasi ayam Thai.Kacau mesra.dan siap utk digunakan.


6.Baki air rebusan dijadikan sup utk Nasi ayam,taburkan daun ketumbar.boleh di tambah air lagi.



7.Apabila Nasi ayam Thai telah Masak di rice cooker.Susun dipinggan Dan hidangkan.
Selamat Mencuba.,Mudah disediakan dan sedap untuk dinikmati.


dari kiri Chef Obie , Asist Faris & Chef Hamzah


Jika anda juga kaki makan atau kaki masak atau bakal peniaga makanan...bolehlah ke link KELAS MASAKAN PERNIAGAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTestimoni kejayaan pelajar Sejak Tahun 2012 hingga kini
http://chefgunawanmalaysia.blogspot.com/p/kelas-persendiria…






TEMPAHAN LUKISAN POTRAIT 

Kepada yang menyukai hasil lukisan tangan potrait dan kreativiti pengunaan watercolour eksklusif boleh hubungi Pihak Chef Obie.Lukisan dilukis oleh Chef Obie Sendiri. 

Hubungi MGJ CONSULTANCY










Sunday, April 5, 2020

#StayAtHome : RESEPI BERGEDIL CHEF OBIE ( Sesuai untuk dinikmati bersama menu Soto , Mee Sup ,Bee Hooon Sup mahupun Aneka Nasi Berlauk )

#StayAtHome : RESEPI BERGEDIL CHEF OBIE 
( Sesuai untuk dinikmati bersama menu Soto , Mee Sup ,Bee Hooon Sup mahupun Aneka Nasi Berlauk ) 


Assalammualaikum wbt semua, 

#StayAtHome protect your community agains COVID 19

Syukur Alhamdulillah , pagi ini Chef Obie sukacita ingin kongsikan satu resepi yang mudah dan sedap , kalau tak ada benda alah ini dalam sesetengah hidangan seperti Soto , Mee Sup , Bee Hoon Sup memang tak cukup sifat lah satu-satu hidangan itu. Umpama romeo dan juliet , P.Ramlee dan Saloma , Irama Dan Lagu...begitu lah lebih kurang perumpamaannya. 

Tidak lain tidak bukan iaitu Bergedil , Ya Bergedil Kentang yang mudah disediakan dan sedap untuk dinikmati.


Jom terus ke resepi ,

Bahan Utama

500 gm Ubi Kentang Dipotong dadu dan digoreng
1 sdb Rempah Sup ( Adabi )
2 inci Lobak Merah Di potong dadu kecil
1 btg Cili Merah Dimayang halus
2 sdb Bawang Goreng
2 btg Daun Sup + Daun Bawang dimayang
1 sdt Serbuk Lada Sulah
1/2 sdt Lada Hitam kisar @ ketuk
1 1/2 sdt Garam
1 sdt Serbuk Stok Ayam
Minyak Masak Secukupnya untuk menggoreng
1 biji Telur ( di pukul dengan secubit garam )

Cara Penyediaan 

1.Satukan ke semua bahan , kecuali telur ke dalam bowl .


2. Lenyekkan Ubi kentang ( boleh guna tangan ramas , guna sudu , sudip , batu lesung atau pemenyet samabl dan ayam penyet - chef gunakan ini ) . Lenyekkna sehingga lumat atau lembut .


3. Uli mesra atau sebatikan ubi kentang yang dilenyek dengan semua bahan diatas.


4. Kepalkan adunan bergedil mengikut citarasa anda , inginkan saiz besar ? saiz sederhana  ? mahupun kecil its up to you okay , just kepalkan sehingga selesai.


5. Panaskan minyak , api sederhana sahaja , standby kan telur sebiji yang telah diletak sedikit garam dan dipukul . Celupkan satu demi satu bergedil ke dalam bancuhan telur , toskan sebelum masukkan ke dalam pan penggoreng. Goreng sehingga kuning keemasan, bolak balik untuk keseragaman masaknya. 



6. Toskan bergedil yang telah digoreng dengan cantik , dan boleh lah dinikmati bersama hidangan menu yang anda suka seperti Soto , Mee Sup , Bee Hoon Sup mahupun aneka nasi berlauk. Semoga perkongsian kecil ini memberi manfaat mahupun memberi keyakinan kepada anda membuat dan memasak sendiri bergedil dengan sedap dan cantik. Dengan rendah hati Chef Obie ingin anda FOLLOW FB PAGE : BAZAAR CHEF OBIE , yang dipenuhi dengan Aneka Resepi , Informasi , Produk , Kelas , Tempahan Makan , Tempahan Hasil Seni lukisan   yang dilukis sendiri oleh chef obie dan File Kit Perniagaan Makanan.







TEMPAHAN LUKISAN POTRAIT 

Kepada yang menyukai hasil lukisan tangan potrait dan kreativiti pengunaan watercolour eksklusif boleh hubungi Pihak Chef Obie.Lukisan dilukis oleh Chef Obie Sendiri. 

Hubungi MGJ CONSULTANCY










Thursday, April 2, 2020

#StayAtHome : RESEPI MURTABAK AYAM CHEF OBIE

#StayAtHome : RESEPI MURTABAK AYAM CHEF OBIE


Assalammualaikum wbt semua, 

#StayAtHome protect your community agains COVID 19

Syukur Alhamdulillah dan Salam Jumaat , semoga dalam waktu PKP kite hormat pemimpin dan nasihat alim ulamak dunia untuk setia melakukan aktiviti bermanfaat di rumah hanya keluar untuk keperluan tertentu sahaja. InshaAllah semoga kite semua dilindungi Allah swt. Yakinlah penyakit ini akan diangkatNYA kerna ia juga makhluk NYA.

Chef Obie ingin berkongsi sekali lagi resepi yang telah dikongsikan dalam MAJALAH SAJI iaitu Murtabak !

Bahan kulit murtabak
500gm Tepung gandum
260ml air
1 biji telur gred C
1 sudu kecil garam
1 sudu besar Marjerin @ Minyak masak

Inti Mertabak
7 biji kentang potong dadu
3 biji telur
300gm ayam kisar
Gula , garam
1 senduk kuah kari ayam
Bahan Kari ayam
300gm ayam potong kecil
2 sudu besar rempah kari ayam daging
2 biji Bawang kecil di mayang atau Dadu
1 batang kulit kayu manis
1 kotak santan
1 batang cili kering digunting
½ cawan air asam jawa
Gula , garam & 1 kiub ayam sebagai perasa
Cara Penyediaan
1.kulit murtabak- satukan ke semua bahan uli sehingga menjadi doh, rehatkan dan tutup dengan plastic atau kain. Biar ia rehat 1 jam , kemudia bentukkan bebola kecil, dan boleh di canai nipis.

2.kari ayam- tumis bawang dan kulit kayu manis hingga naik bau , masukkan daun kari kacau garing kemudian masukkan ayam dan santan, biar mendidih, boleh masukkan air sedikit dan air asam jawa, masukkan gula dan garam , pati kiub ayam sebagai perasa. Siap untuk dimakan bersama murtabak.

3.Inti muratabak- semua bahan dicampurkan bersama, menggunakan garfu kacau dan tuang ke bahagian tengah kulit murtabak dan bungkus, masak ke dua belah bahagian di atas pan atau kuali sehingga masak.

Kepada anda yang mulia hatinya , sudilah sharekan info ini ke media yang lain supaya akan lebih ramai yang tahu cara membuat Murtabak ! 

Mohon LIkes PAGE FB : BAZAAR CHEF OBIE





Do you remember how this first begun?
Teeth were white and our skin was young
Eyes as bright as the Spanish Sun
We had nothing we could hide
Now my dear we are two golden leaves
Clinging desperately to winter trees
Got up here like a pair of thieves
While the sirens blare outside
What's left to say when every word's been spoken?
What's left to see when our eyes won't open?
What's left to do when we've lost all hope and
What's left to break when our hearts are broken?
But sometimes
Do you remember how this started out?
So full of hope and now we're filled with doubt
A dirty joke we used to laugh about
But it's not funny anymore
I fear I choke unless I spit it out
Still smell of smoke, although the fire's gone out
Can't live with you, but I die without
So what's left to say when every word's been spoken?
What's left to see when our eyes won't open?
What's left to do when we've lost all hope and
What's left to break when our hearts are broken?
But sometimes
So what's left to say when every word's been spoken?
What's left to see when our eyes won't open?
What's left to do when we've lost all hope and
What's left to break when our hearts are broken?
But sometimes

ANDA MENCARI INFORMASI BERKAITAN :

Bangkit Berniaga Dengan Kos Rendah

  Bangkit Berniaga Dengan Kos Rendah Asalammualaikum wbt, Bagi mereka yang baru diberhentikan kerja atau melalui skim VSS, salah satu jalan ...