Wednesday, March 22, 2017

MASAKAN BERASASKAN AYAM : AYAM TALIWANG

Kita di Malaysia mungkin agak tidak biasa dengan satu menu dari seberang ini , ia merupakan menu berasaskan ayam yang dipanggang dan amat popular di Lombok , Indonesia.
Iaitu AYAM TALIWANG !
Kalau dihotel , sekiranya tema masakan banquet merupakan Masakan Indonesia pasti chef obie akan selitkan menu ini. Ia mudah dan amat menyelerakan kepada sesiapa sahaja yang terpandang dan aroma nya yang harum.
Jadi anda semua bolehlah mencuba resepi ini...
chef obie cuba berkongsi resepi dan menu " Masakan Warisan Nusantara sepanjang tahun ini " 

Sekiranya ANDA ingin mempelbagaikan lagi resepi-resepi masakan yang menarik dan sesuai untuk di niaga atau dikomersilkan sila ke link yang diberi dibawah ini.


FB : chefobie untold
IG : chef_obie_official
whatsapp : 0172260719

website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com ( Utama- profesional )
chefobie.blogspot.com ( coretan peribadi )
sajianlazat.blogspot.com
chefbiskut.blogspot.com



 gambar courtesy google

MASAKAN WARISAN NUSANTARA :

AYAM TALIWANG

Bahan Utama :

1 ekor ayam kampung 
Sedikit minyak masak untuk sapuan pada ayam

Bahan Akhir :

2 sudu besar Perahan Jus Limau Nipis

Bahan Kisar: 

2 sudu besar Ketumbar , Jintan manis
5 btg cili merah dikisar
5 btg cili api dikisar
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 biji tomato merah
1 inci Belacan
1 inci kencur ( bahan penting , anda perlu dapatkannya )
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 inci lengkuas
1 batang serai ( muda )
1/2 cawan minyak untuk menumis


Cara Penyediaan : 

1. Pnaskan minyak , tumiskan ke semua bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyaknya . Tumis pada api sedrhana .

2.Akhir sekali sebelum matikan api , masukkan perahan jus limau nipis dan diangkat sejukkan diluar.

3.Ayam dilumurkan dengan minyak masak terlebih dahulu , panggang atau bakar dahulu ayam kampung ini sehinggan keperangan .

4.Ayam dikeluarkan sebentar setelah keperangan , ayam perlu di cucuk dengan lidi satay atau pencucuk , cucuk dibahagian dada , peha dan kheel , Sapukan dengan bahan tumisan Taliwang , sapu atau lumurkan selruh bahagian ayam , biar 10 minit sebelum dipanggang atau dibakar .

5.Pangang sehingga masak mewangi mengeluarkan aroma Ayam Taliwang.

6.Ayam Taliwang ini boleh dinikmati bersama sambal penyet , salad dan keropok malinjo bersama nasi putih dan kicap manis.



Tuesday, March 21, 2017

RESEPI ANEKA SOTONG : Sotong Bakar Air Asam Telok Panglima Garang Ala Chef Obie

Peminat makanan berasaskan laut atau seafood bolehlah mencuba resepi sotong bakar ini yang istimewa daripada chef obie dan telah dikongsikan dalam satu majalah masakan popular tempatan.
Selamat mencuba

gambar courtesy google

RESEPI ANEKA SOTONG :

Sotong Bakar Dan Air Asam Telok Panglima Garang Ala Chef Obie
( Resepi Ini Telah dikongsikan dalam MAJALAH SAJI 2014- Dengan Nama Resepi Sotong Rendam Panglima Garang )

Bahan Utama

2 ekor sotong saiz besar ( dikelar dan dibuang tulang dan dakwat sahaja )
1 sudu besar Serbuk Kunyit + Sedikit Rempah Kari Ikan + 1 sudu kecil Garam

Cara Penyediaan :

1.Sotong dilumurkan dengan semua bahan diatas dan dibakar pada api besar , Bolak balik apabila kulit sotong sedikit hangit. Dan siap untuk diangkat.



Bahan Air Asam 

1 cawan Air asam jawa pekat
1 batang Cili merah dimayang
4 batang Cili api dimayang
2 sudu besar sambal belacan
2 biji tomato dihiris atau dipotong dadu
1biji bawang Holland dihiris
Daun ketumbar
2 biji limau kasturi
Sedikit Hirisan Daun Ketumbar
Gula dan garam

Cara Penyediaan :

 1.Didihkan Air asam . Matikan api dan satukan ke semua bahan dan siap untuk di nikmati bersama sotong bakar Telok Panglima Garang !


Untuk mendapatkan resepi terkini sila klik link dibawah


57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN POPULAR 2017

FB : chefobie untold
IG : chef_obie_official
whatsapp : 0172260719

website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com ( Utama- profesional )
chefobie.blogspot.com ( coretan peribadi )
sajianlazat.blogspot.com

chefbiskut.blogspot.com


RESEPI ANEKA AYAM : Ayam Masak Bali atau Ayam Semur Bali Ala chef obie

Kali ini chef kongsikan salah satu resepi ayam ayang agak popular juga dari seberang 
iaitu Ayam Semur Bali @ Ayam Masak Bali ! apabila chef obie yang memasak jadilah Ayam Semur Bali Ala Chef Obie.

Anda boleh juga nikmati lauk ini bersama nasi putih , nasi minyak , nasi tomato , nasi butter, nasi impit , ketupat mahupun lemang.



gambar courtesy Google


ANEKA RESEPI AYAM : 

Ayam Masak Bali atau Ayam Semur Bali Ala Chef Obie

Bahan Utama:

1 ekor Ayam potong 12 atau 12 ketul Peha Ayam
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan pekat 

1 mangkuk bawang goreng tumbuk lumat
3/4 cawan kicap lemak manis 
1 cawan cili kisar
4 biji  bawang Merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 inci haliadikisar
1/2 inci lengkuas dikisar
4 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 kiub pati ayam , gula dan garam sebagai perasa 

1 Batang Serai diketuk
1 tangkai Daun Limau Purut
1 Tangkai Daun Kari
1/2 cawan bawang goreng ditumbuk

Cara Penyediaan :


1.Tumiskan bahan kisar , serai , daun limau purut dan daun kari sehingga sehingga naik minyak dan wangi.


2.Masukkan bunga lawang dan kayu manis dan cili kisar, bawang goreng tumbuk ,santan ,kerisik dan kicap 

3.Kacau perlahan-lahan supaya mesra.

4.Masukkan Ayam , gaul rata dan biar merenah pada api kecil.

5.Akhir sekali perasakan dengan kiub pati ayam , garam dan gula kacau sebentar.

6.Ayam Semur Bali siap untuk dinikmati !




Untuk mendapatkan resepi terkini sila klik link dibawah

Resepi Aneka Nasi : Nasi Tomato Ala Chef Obie


Dalam sajian Nasi Tomato , pastinya lawan lauk pauknya seperti 
Ayam Masak Merah adalah yang paling sesuai :
Tapi dalaqm pada itu , lauk ayam nya juga boleh dipelbagaikan selain Ayam Masak merah yang telah sedia command ! Contohnya anda bolehlah mengganatikan kepad Masakan Ayam Tomato , Ayam Masak Berlada , Rendang Ayam , Ayam Masak Bali , Ayam Kalio mahupun Gulai Ayam dan Ayam amsak berempah.
Dipadankaqn pula dengan Jelataah Mentah @ atau acar mentah Dan papadom..pergh..pasti terangkat..selera.

Dibawah ini chef obie kongsikan satu resepi yang sesuia dimasak pada cuti sekolah ini ! Selamat mencuba- kepada anda yang ada Instagram atau Facebook Bolehlah follow chef obie 

FB : chefobie untold
IG : chef_obie_official
whatsapp : 0172260719

website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com ( Utama- profesional )
chefobie.blogspot.com ( coretan peribadi )
sajianlazat.blogspot.com
chefbiskut.blogspot.com

Gambar Courtesy Google
RESEPI ANEKA NASI 

Nasi Tomato Ala Chef Obie
( 30 - 35 orang makan )


Bahan Utama 


3 kg Beras Wangi @ Biasa

Bahan Tumis

7 biji Bawang Shallot di mayang
1 biji Bawang Besar kisar
5 ulas bawang Putih kisar

3 biji tomato dipotong kiub
1/2 inci Halia Kisar
1 cawan Tomato Puree
4 helai Daun Pandan
1 1/2 senduk Minyak Sapi @ Marjerin @ minyak masak
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
3@4 sekawan ( kalau x cukup sifat pun x ape..yg penting kayu manis atau bunga lawang ada )
3 kiub pati ayam
Gula garam sebagai perasa
1 cawan susu cair
Air secukupnya

Bhn Hiasan - Kismis golden / hitam , bawang goreng / daun ketumbar dimayang

Cara Penyediaan : 

1.Cuci Beras dan Toskan air.Masukkan dlm Periuk Nasi

2.Bhn Tumis - Panaskan minyak sapi @ marjerin @ minyak masak , masukkan daun pandan , 3@4 sekawan dan bawang yg dimayang, tumis hingga garing keemasan dan wangi.

3.Kemudian masukkan bahan kisar tumis didih , tuangkan tomato puree, susu cair, serbuk kunyit , kiub ayam , gula dan garam.Biar reneh seketika.

4.Matikan api, tuangkan bahan tumisan ke dalam periuk berisi nasi.

5.Gaulkan mesra dgn beras yg telah ditoskan.Masukkan air secukupnya.Pastikan sukatan paras air seperti menanak nasi putih.

6.Masak @ Tanak nasi.

7.Apabila nasi telah masak , gembar gemburkn nasi dgn chopstik atau spatula.Masukkan kismis. Biar 5 minit dan boleh dihidang. Dan taburkan bhn hiasan




Untuk mendapatkan resepi terkini sila klik link dibawah



Monday, March 20, 2017

APA ITU EBOOK ? DAPATKAN EBOOK SECARA PERCUMA



Apa itu ebook ?

ebook itu adalah buku eletronik , segala persembahan sama seperti buku konvesional @ buku biasa , perbezaannya sahaja , ia boleh berimej digital dan boleh melihat video mahupun mendengar muzik.
Info juga boleh pelbagai sama ada newsletter/ majalah / buku novel / buku masakan & sebagainya.
Kebiasaannya ebook ini dihasilkan dalam bentuk PDF.

Apa Kelebihan ebook berbanding buku konvensional ?
1- Ia mudah dirujuk & boleh merujuk pada bila-bila masa dan dimana shj.

2- Ia boleh dibuka melalui Hp @ Smartphone anda , lapptop , komputer , tablet mahupun pendrive ke tv anda.

3- Jimat ruang @ space anda .Tanpa perlu bawa bag galas mahupun seangkatannya.Tidakmemerlukan ruang untuk menyimpan buku.

4-Informasinya Mudah dikongsi bersama teman-teman.

5- Anda boleh print kembali ebook kepada buku konvensional, anda boleh print seberapa banyak yang anda mahu.



Semoga sedikit perkongsian info mengenai apa itu ebook sedikit sebanyak dapat memberi manfaat.

Sesiapa inginkan ebook secara PERCUMA @ FREE daripada chef obie sila tinggalkan EMAIL Anda dibawah ini.

atau whatsapp ke 0172260719

Terima Kasih

Chef Obie
MGJ CONSULTANT KL
SKY CHEF CATERING KL
sweetMEDIA


#ebook #ebooks #bukueletronik#57resepimenuramadhan2017 #my #resepi#bukumasakan #chef

Thursday, March 16, 2017

KELAS CHICKEN CHOP 3 IN 1 2017 : BREADED CHICKEN CHOP , FRIED CHICKEN CHOP DAN GRILLED CHICKEN CHOP

KELAS CHICKEN CHOP 3 IN 1 2017 

 "Kelas Persendirian Hands On
Tunjuk Ajar Daripada Chef Profesional 
Pemahaman Yang Mudah 
Pelajar diberi buku Standard Resepi dan Cara Menggunakannya
Soalan Sentiasa Terbuka
Selepas Kelas Pelajar Boleh lagi Merujuk kepada tenaga pengajar
Kelas diadakan secara Santai "

3 IN 1 - 3 jenis CHICKEN CHOP akan diajar secara
 profesional dan santai , bagi memudahkan pelajar 
memahami dan seterusnya dapat aplikasikan ilmu 
yang diajar secara maksimum .

Intipati :

1.Cara Penggunaan Ayam Untuk Chicken Chop
2.Perbezaan Saiz Potongan Chicken Chop , pemilihan dan pembelian
3.Penyediaan Tepung Istimewa Untuk Fried Chicken Chop & Breaded Chicken Chop
4.Penyediaan herba dan marinated untuk Grill Chicken Chop & Base Water Marinated For Chicken Chop Profesional Secret Recepi.
5.Cara Menggoreng dan grill yang betul 
6.Penyediaan Sos Black Pepper dan Mushroom Sauce
7.Cara Platting - Restauran , Foodtruck , lunch boxes & Gerai @ Food Court
Pada Harga Yuran yang amat berpatutan untuk 3 
jenis CHICKEN CHOP ! 
FREE KELAS - BLACK PEPPER SAUCE & MUSHROOM SAUCE


  Breaded Chicken Chop 


 Fried Chicken Chop 



 Grilled Chicken Chop 
+ Black Pepper Sauce & Mushroom Sauce


1 x sijil kehadiran

Fee / Yuran : RM750 seorang 
* Sekiranya Anda Bawa Lebih Daripada Seorang Pelajar Yuran akan menjadi RM600 seorang

Tarikh : Sepanjang Tahun 2017

 Hari   : Isnin hingga khamis juga 

            Sabtu Dan Ahad 

Jumaat Dan Public Holiday Tiada Kelas )

Masa  : 1030 pagi sehingga 1 tengah hari



Pembayaran Yuran / Fee :

Encik @ Cik @Tuan @ Puan boleh bank in Yuran / Fee RM600
Ke salah satu akaun pilihan

1.MAYBANK 151409098193

2.CIMB 7619121286

3.BSN 14005-41-00008021-7

Atas nama Muhamad Gunawan Jamil

Simpan resit - Bukti pembayaran.

whatsapp info pembayaran kpd pihak chef

0172260719

*sila pilih hari yg sesuai.

Baki yuran perlu diselesaikan pd hari kejadian

Lokasi : Merdeka Villa,
Jalan Merdeka ,
Bandar Baru Ampang


Landmark- Spectrum mall



Atau sekiranya anda ingin lebih ekstrim dan lebih mencabar sepanjang kelas masakan bermula selain kesoronokkan yang akan anda alami sepanjang hari
Bolehlah sertai 



KELAS WESTERN FOOD 

Untuk Perniagaan Restauran , Foodtruck , Lunch Boxes & 

Gerai @ Food court



YURAN NORMAL RM2200 SEORANG

***YURAN PROMOSI  RM1700 ( Harga Promosi )

KREDIT POTONGAN YURAN SEBANYAK RM500
UNTUK SETIAP PELAJAR YANG MENDAFTAR AWAL
UNTUK MENGIKUTI KELAS YANG AKAN DIADAKAN PADA BULAN
MAC & APRIL 2017

PELAJAR BOLEH MEMILIH SENDIRI
HARI DAN TARIKH UNTUK MENGIKUTI KELAS WESTERN FOOD INI.


 Isnin hingga Khamis , Sabtu atau Ahad 
( Jumaat Tiada Kelas )


Chicken Chop 3 jenis 

Breaded / Grill / Fried

Lamb Chop

Beefsteak

Fish And Chips

Western Stock

Buat Tepung KFC 

Base Water Marinated

Coleslaw

Mash Potato & Gravy

Black Pepper Sauce

Mushroom Sauce

Tartar Sauce

Spaghetti- Aglio alio Mussel atau Wild Mush Room Soup



Pembayaran Yuran / Fee :

Encik @ Cik @Tuan @ Puan boleh bank in Yuran / Fee RM1200
Ke salah satu akaun pilihan

1.MAYBANK 151409098193

2.CIMB 7619121286

3.BSN 14005-41-00008021-7

Atas nama Muhamad Gunawan Jamil

Simpan resit - Bukti pembayaran.

whatsapp info pembayaran kpd pihak chef

0172260719

*sila pilih hari yg sesuai.

Baki yuran perlu diselesaikan pd hari kejadian

Lokasi : Merdeka Villa,
Jalan Merdeka ,
Bandar Baru Ampang


Landmark- Spectrum mall

TESTIMONI PELAJAR CHEF OBIE YG TELAH BERJAYA MEMBUKA PERNIAGAAN :
WESTERN FOOD :

Foodjam 
Bukit Rahman Putra, Sg Buloh, Selangor

 




 SAFHYD STEAK HOUSE
Jalan kubur tanah merah,berdekatan masjid ismail petra , Kelantan









Follow ig : chef_obie_official
FB : chefobie untold
website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com
chefobie.blogspot.com

Bangkit Berniaga Dengan Kos Rendah

  Bangkit Berniaga Dengan Kos Rendah Asalammualaikum wbt, Bagi mereka yang baru diberhentikan kerja atau melalui skim VSS, salah satu jalan ...