Sunday, June 9, 2019

HIDANGAN OPEN HOUSE HARI RAYA : RESEPI LONTONG JOHOR DAN SERUNDING KELAPA CHEF OBIE




HIDANGAN OPEN HOUSE HARI RAYA : RESEPI LONTONG JOHOR DAN SERUNDING KELAPA CHEF OBIE

Salam lebaran ,
Minal Aidil Walfaiizin,

Kepada anda yang mencari resepi LONTONG JOHOR DAN SERUNDING KELAPA bolehlah mencubanya , Setiap kali open house Lontong adalah salah satu menu yang popular untuk dihidangkan kepada tetamu.



Bahan -

100g Sengkuang
1/2 biji kobis
1 biji lobak merah
1 biji terung
10 btg kacang panjang atau buncis
1 keping tempe ( saya guna yng packing dalam plastik ) – dipotong dan di goreng sebentar.
4 biji kentang ( kopek dan dipotong kecil )optional, jika tiada pun tak mengape
1 paket soo hoon
1 paket tauhu kering
150 g udang basah
2 biji kelapa parut ( ambil 2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat )
garam secukup rasa


Bahan kisar/blender

2 sudu besar udang kering
1 labu bawang besar
4 ulas bawang kecil / shallot
3/4 inci halia 
1/2 inci lengkuas (ketuk)
1 batang serai(ketuk)
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 inci kunyit hidup
atau 1 sudu besar serbuk kunyit

Cara penyediaan


- Semua sayur di bersihkan dan dipotong kecil

.
- Tumis bahan kisar hingga wangi, bhn ketuk dan hingga pecah minyak.

- Kemudian masukkan santan cair dan kentang(optional). Masak hingga kuah mendidih dan kentang hampir empuk.

- Masukkan santan pekat dan sayur yang lain, soo hoon, sengkuang dan udang. Kacau selalu agar santan tidak pecah.

- Masak hingga sayur layu, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Cara buat nasi impit atau ketupat segera

plastik tahan panas
beras yang telah di bersihkan dan di tos.


Cara penyediaan

- Masukan beras kedalam plastik dengan sukatan 1/3 beras daripada saiz plastik.

- seeled pada plastik, kalau tak ade seeler guna stepler pun blea, hati2 yea jgn sampai termakan..hee
- Rebuslah dalam periuk yang penuh berisi air. Tempoh rebusan bergantung saiz ketupat.
- Jika nasi telah kembang sepenuhnya dan struktur beras tidak nampak berbiji2 dalam plastik,tandanye
nasi ketupat tadi telah sedia diangkat dan disejukkan.

Bersama Serunding kelapa yg mengghairahkan tu..Jangan lupa..buat sambal tumis ikan bilis..dan telur rebus.untuk menyedapkan lagi hidangan lontong ni..

Resepi SERUNDING KELAPA



Bahan Utama

4 biji kelapa parut ambil yang putih sahaja
1/2 cawan Biji ketumbar disangai dan dikisar
2 sudu besar Jintan manis disangai dan dikisar
1 sudu besar jintan Putih disangai dikisar
4 biji bawang merah dikisar
2 batang serai diketuk
1 inci lengkuas diketuk
3 sudu besar serbuk kunyit
2 1/2 senduk gula pasir
1 sudu kecil garam
1 cawan minyak masak.

Cara Penyediaan :

1.satukan ke semua bahan bersama gaul mesra dan sebati ,

2.Masak diatas kuali pada api yang kecil atau sederhana.sentiasa dikacau mesra perlahan lahan.

3.Apabila serunding menjadi agak peroi dan berselerak berbutir-butir dan agak ringan, sila masukkan minyak masak, kacau mesra lebih kurang 3@ 4 minit matikan api, 



4.siap untuk dihidang.



Jom Follow Facebook Chef Obie



No comments:

Post a Comment

Chef Obie Set Up Central Kitchen

  Chef Obie Set Up Central Kitchen  Assalamualaikum wbt Kesayangan semua, Tetaplah bersemangat Dan bahagia cara yg paling sederhana    Chef ...