Saturday, December 2, 2017

Pemakanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya- chef obie

Pemakanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya

Terima kasih kerana melayan blog chef obie, 

Bile lihat tajuk utama diatas , boleh tersenyum sendiri kan, its normal bila diri sendiri juga telah terbiasa dengan pemakanan yang tidak betul baik yang profesional mahupun tidak profesional.Manusia perlu dibentuk , perlu diasuh , diingatkan dan dibiasakan dengan setiap tindakan mahupun habit yang baik dan terurus.Seperti salah satu yang perlu kita ambil berat dan perlu rasa bertanggungjawab ke atas diri sendiri mahupun oarang lain. 

Chef obie cuba memberi mesej kepada anda semua , 

"Cubalah dan bermulalah gaya hidup juga pemakanan yang sihat dan seimbang , ambil beratlah semua isu-isu ini , Tiada yang remeh temeh mahupun tak ambil kesah mulai sekarang , Walaupun hanya dengan mula tidak mengambil snek atau pun cikedis pebret korang itu ! Burger ? ya..Burger juga...yang fast food itu membunuh ! melainkan anda membuat sendiri from scratch...dengan cara yang sihat .Aaiipss..chef pergi mc D sebab nak beli happy meals..layan pun filet o fish...tau..choi !

Sejak chef obie mula menggunakan minyak kelapa MEDETOP dan juga Minyak kelapa Dara MEDETOP ( VCO ) dalam setiap masakan dan hidangan semenjak awal bulan September , chef mula rasa perbezaan dalam diri , baik kesihatan dan kesegaran diri yang seakan muda kembali...yang penting rasa sihat itu jelas AMAT BERNILAI UNTUK SETIAP DIRI KITA. Masih belum terlambat untuk kita bermula merubah cara hidup dan cara pemakanan....mula ubah perlahan-lahan...jom!


kali ini obie ingin berkongsi pengetahuan serba sedikit mengenai kepentingan pemakanan seimbang yang boleh mengurangkan risiko penyakit.



Makanan seimbang 

merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. 



Amalan pemakanan sihat 

adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi : i. Tenaga makanan yang mencukupi ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum. iii. Kandungan fiber yang mencukupi iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak. Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh. 

A. Makanan yang memberi tenaga 

Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu. 

B. Makanan membina badan 

Protein adalah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu. C. Makanan menjauhi penyakit Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.



MAKANAN SEIMBANG KURANGKAN RISIKO PENYAKIT BERBAHAYA 

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. 

Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

Kanser (Barah) 

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. 

Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat. Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser. 



Serangan jantung dan angin ahmar (Strok) 

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu. 

Lebihan kolesterol 

Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari. 

Tekanan darah Tinggi 

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari. 

Osteoporosis 

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium. 

Spina Bifida 

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida. Harapan obie termasuk diri obie sendiri, amalkanlah pemakanan seimbang, Insyaallah Obie akan berkongsi resepi-resepi dan menu untuk makanan seimbang dan sihat.



chef obie memilih penggunaan minyak yang sihat untuk rutin harian iaitu minyak MEDETOP ! chef suka dengan kebaikan minyak kelapa MEDETOP terutanya dalam penggunaan masakan harian , selain mampu membunuh bakteria dan kuman dalam tubuh badan , ia juga menjadikan makan lebih sedap dan berhasiat serta mampu menjadikan jangka hayat hidangan lebih tahan lama.

No comments:

Post a Comment

Chef Obie Set Up Central Kitchen

  Chef Obie Set Up Central Kitchen  Assalamualaikum wbt Kesayangan semua, Tetaplah bersemangat Dan bahagia cara yg paling sederhana    Chef ...